Tentang Kami

Bermula tahun 2006, batch ini hanya disebut sebagai Permata Satu. Diikuti dengan Permata Dua pada tahun berikutnya dan Permata Tiga pada tahun seterusnya. Pada tahun 2009, Permata telah dimansuhkan dan diganti dengan Excel Empat. Pada awal tahun 2010 nama 'Excel Lima' telah digunapakai dan akhirnya pada 25 Oktober 2010, nama Enigma telah digunakan secara rasmi oleh batch ini.

Nama Enigma telah diilhamkan oleh Saudara Akhiar Khalil, Ketua Pelajar 2010. Menurut Google Translate, Enigma bermaksud teka-teki dan menurut Saudara Akhiar, nama ini sangat cocok dengan karenah batch ini yang sememangnya penuh dengan teka-teki.

Terdiri daripada 137 orang ahli, batch ini dibahagikan kepada 3 aliran iaitu Sains Agama, Sains Tulen, dan Sains Teknikal. Kemudian dibahagikan lagi kepada 5 kelas iaitu TAUFIK dan HIDAYAH bagi kelas aliran Sains Agama, RAHMAH dan MAGHFIRAH bagi kelas aliran Sains Tulen, dan SYAKIRAH bagi kelas aliran Sains Teknikal. Walaupun dibahagikan sebegitu rupa, namun perpaduan erat antara ahli pelbagai kelas dan aliran ini memang tidak dapat disangkal.

5 Taufik
5 Hidayah
5 Rahmah
5 Maghfirah
5 Syakirah
Saudara Asyiq b. Warno merupakan ketua batch ini selama tiga penggal berturut-turut. Di bawah kepemimpinan beliau, batch ini menjadi antara batch yang sentiasa disebut-sebut dalam kalangan guru dan juga pelajar SBP Integrasi Sabak Bernam.

Ketua Enigma, Saudara Asyiq b. Warno
 Batch Enigma 0610 juga merasa bangga dengan kepemimpinan Ketua Pelajar, Saudara Akhiar Khalil dan Penolong Ketua Pelajar, Saudari Zalikha Zainuddin. Tidak dilupakan Ketua BADAR, Saudara Ibrahim b. Murad, Ketua Pembimbing Rakan Sebaya, Saudara Faiq Razali, Ketua Pusat Sumber, Saudara Hafidzee b. Arif Pang, dan Ketua Asrama, Saudara Aatik Norudin. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah mengharumkan nama batch Enigma di persada SBP Integrasi Sabak Bernam.

Semoga hubungan utuh kita akan terus berkekalan hingga ke syurga. Insya-Allah