23.8.13

Untuk aku dan kalian :)

Bismillahirrahmanirrahim^_^
Sebelum itu,,maafkan aku wahai admin kerana asyik menyibuk berada di ruang penulisan blog ini.
Tiba-tiba terpanggil untuk menulis sedikit entry kepada kawan-kawan semua.
Alhamdulillah :)

Kawan2 yang disayangi kerana Allah..
aku tahu ada dikalangan kalian semua sudah tinggal selangkah menuju cita-cita dan impian yang pernah diidamkan dahulu..
kalian pernah menigimpikan untuk berada di alam universiti,,mengembara ke luar negara,,dan sesetengah kalian sudah mencapai cita-cita tersebut.
kalian bakal menjadi seorang doktor, seorang arkitek, seorang engineer, seorang guru, seorang usahawan dan pelbagai lagi bidang kerjaya yang terkenal,,in sha Allah :)
kalian juga bakal meneruskan kehidupan yang lebih mencabar,,semoga kekuatan dan redha Allah mengiringi kalian semua :)

cuma di sini saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon kepada kalian:
..andaikata suatu hari, kalian menjadi seorang doktor,,ubatilah pesakit kalian dengan sebaik-baiknya,,
kalaulah kalian tahu betapa teruknya pesakit2 saudaramu ini..pasti kalian juga menangis,,saudara-saudaramu. pesakit-pesakitmu bukan sahaja sakit dari segi fizikal, malah hatinya rohaninya sudah cukup kritikal, mereka perlukan doktor-doktor yang kuat mengubati dan membimbing mereka..

kawan-kawan,,
,,andaikata suatu hari engkau menjadi engineer, binalah mesin yang mampu mengeratkan semula ukhuwah sesama Islam,,sebuah mesin yang mampu mengelakkan saudara-saudaramu daripada berpecaah belah!
kalian tidak sedih ke tengok saudara kita bergaduh sesama sendiri! aku sedih tapi jujurnya aku sendri tak tahu nak buat apa..hanya tembakan qunut nazilah serta doa sahaja yang mampu aku berikan..

kawan-kawan..
..andaikata suatu haru nanti kalian menjadi seorang akauntan,,kalian bagitahulah kepada saudara-saudara kalian,,sebanyak mana pun harta mereka,,tetapi ternyata pahala Allah itu lebih mewah daripada segalanya,,kejarlah dunia..kejarlah duit bersama iringan akhirat..

kawam-kawan,,
..andaikata suatu hari kalian ditakdirkan menjadi seoarang guru, seorang pensyarah,,bimbinglah serta didiklah anak-anak muridmu dengan didikan agama yang utama..supaya mereka tidak keliru dengan agama yang mereka anuti,,supaya mereka faham dan jelas apa yang disyariatkan,,bila mana mereka berjaya menjaga agama Islam dengan sebaik-baiknya in sha Allah perkara lain juga mereka senang untuk mengejar kejayaan,,


kawam-kawan,
maafkan aku andaikata entry aku kali ini terlalu Islamik..kepada yang ada penyakit loya2 dan gatal2 dengan ayat sebegini aku memohon maaf,,tapi aku mohon kalian sedar! Islam kini tengah dipermainkan! Dalam sedar tak sedar kita sama-sama juga memasuki permainan ini! terlalu gembira dengan dunia,,!terlalu gembira dengan hiburan,,tiada perasaan dengan saudara seislam sendiri yang sedang merana!
Jangan sesekali kalian beralasan,,argh! aku bukan sekola agama,,suka hatilah aku nak buat apa,,
kalian kena ingat! SBPI Sabak Bernam merupakan satu sekolah yang ditarbiyah oleh guru2 yang cukup baik,,kita pernah diajar untuk solat lima waktu kan di surau??untuk kawan2 perempuan kita juga pernah dibiasakan untuk memakai tudung serta stokin yang sempurna bagi menutup aurat??cikgu juga pernah melarang keras kepada kita untuk menjalinkan hubungan yang xsepatutnya??xkan engkau lupa???rohani kita pernah diisi dengan tazkirah hujung minggu~~kita pernah dibimbing oleh para murabbi yang benar-benar agamawan dan terbaik!

Jangan sesekali engkau beralasan engkau tidak tahu tentang islam,,hakikatnya engkau yang memang tidak mahu tahu tentang Islam!Kawan-kawan,,kalau kita tak mampu bantu saudara-saudara kita,,kalau kita tidak mampu mengingatkan saudara-saudara kita,,cukuplah kita menjadi contoh kepada mereka,,biar orang tertarik dengan Islam apabila melihat cara kita berpakaian, cara kita berkomunikasi, cara kita berkawan..

ok,,cukuplah sampai disini,,
penulisan ini aku tulis untuk mengingatkan juga diri aku!
andaikata suatu hari aku tersasar jauh,,aku mohon kalian tunjukkanlah penulisan ini semula kepada aku,,
aku xmampu jadi doktor, arkitek,,akauntan,,engineeer tapi aku percaya kalian mampu,,
selitkanlah setiap cita-cita kalian dengan Islam yang cukup sempurna,,pasti kalian akan lebih berjaya.

ok! yang paling penting doakan aku kuat masuk ke alam mahasiswa pada 1 Sept ini :)
doakan aku dan kawan-kawan berjaya mendapat kejayaan dunia dan akhirat..aminnnn !