18.1.13

Saya dah bertunang!

assalamualaikum kawan2,,firstly,,mungkin terkejutkan dengan tajuk diatas,,sejujurnya xde niat pon untuk mencetuskan kontroversi,,cuma sekadar ingin berkongsi~~

mungkin kawan2 tertanya2 betulke dia ni dah bertunang??bila??bukan dia baru abis STPM ke??
dengan sape??
kawan2,,sejujurnya diri ini memohon ampun atas ketidakberitahuan 'majlis pertunanganku' aku sendiri sedih,,perasaan yang sememangnya susah nak digambarkan,,siapa dapat bayangkan disaat sahabat2 lain berjuang mengejar impian,,aku dikejutkan dengan berita sebegini,,usia yang belum layak untuk memikirkan tentang perkara ini,,tetapi tiba2 teringat pesanan abah yang membuatkan diri ini cukup tenang,,

   "balqis,,kita sebagai manusia,,hamba Allah yang lemah,,sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui,,Allah,,adalah sebaik2 perancang  nak,,insyaAllah disebalik semua ini ada hikmahnya,,dan terimalah dia seadanya,,sesungguhnya dia terbaik buat balqis.."

..begitu tenang,,nasihat yang diberikan oleh abah..walaupun saat itu hati aku berkocak,,sedih,,hakikatnya aku tak bersedia~~ya Allah,,bantulah aku,,kuatkan aku,,

teringat ketika meluahkan perasaan pada sahabat baikku,,
.."umai,,tolong balqis! balqis xkuat,,balqis muda lagi umai,,balqis nak enjoy,,

abis tue,,kenapa balqis terima 'lamaran' tu?

.."umai,, siapala balqis nak tolak dia,,
dia yang mendekaktkan balqis dengan Allah,,dia juga yang selalu ingatkan balqis bila balqis rasa nak buat dosa,,dia jugak yang galakkan balqis baca Al-Quran banyak2,,dia selalu cakap kat balqis pasal azab2 Allah..balqis xde kuasa,,ini semua ketentuan Allah,,jodoh Allah,,

,,siapa dia tu? bila nak langsungkan walimahnya,,?umai bertanya,,

siapa dia tu?erm,,rahsialah,,sempat lagi aku bergurau,,tntang walimah tu entahla umai,,setakat ni xtahu lagi..tarikh dan harinya,,tunggulah nanti,,insyaAllah akan diberitahu,,

biarlah segalanya rahsia,,bila saat dan waktunya tiba,,pasti segalanya akan diketahui juga,,aku pasrah,,ikutkan hati mahu juga aku menolak lamaran dia,,tapi siapalah aku,,aku insan yang lemah,,selepas aku menjadi tunangan si dia aku tidak sama lagi seperti dulu,,masa lapangku banyak kuhabiskan dengan membaca kalam2 suci Al-Quran,,azamku sebelum menjelang hari kebahagiaanku aku mahu khatam senaskhah al-quran itu,, aku inginkan hati yang suci untuk diserahkan padanya,,

kini,,aku menunggu saat bahagiaku,,saat walimah itu,,walaupun aku sendiri tidak tahu dan tidak menetapkan tarikh baginya,,cuma aku serahkan pada dia untuk dia tentukan dan  untuk dia ucapkan lafaz sakinah padaku,,biarlah,,hanya cincin di jari ini menjadi bukti aku bakal dimilikinya,,

kawan2 aku mohon,,doakan kebahagiaan aku bersama dia,,andai tiba masa hari bahagiaku pasti aku akan menjemput kalian dan aku pasti sekiranya aku tidak menjemput kalian pun pasti kalian akan datang untuk memberi penghormatan dan tanda kasih sayang kalian,,jazakumullah~

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

*************
kawan2,,sebenarnya cerita diatas sekadar rekaan,,tercetus idea setelah ber'blogwalking' beberapa hari,,terjumpa karya ukhti Insyirah Solehah,,syukran akak^_^ hakikatnya,,pertunangan itu adalah..

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH.Sejauhmana aku lari untuk menolak dia pasti dia sentiasa mengejar aku kerana sememangnya MAUT itu adalah jodohku,,"





kawan,,entry ini ditulis sebagai untuk mengingatkan diri sendiri juga kawan2 yang disayangi,,
entahlah sejak umur 20an seringkali telinga ini mendengar pasal kahwin anak2 muda,,xsalah tapi kalau betul lah niat tu xpela..tp kalau sebaliknya,,hmm,,alasannya nak bina baitul muslim,,bina masjid ikut sunnah nabi,,tp sunnah2 lain xnak ikut pulak,,qiyamulail?sedekah?berbuat baik pada org tua..berkasih syg pada org muda..yg nmpak sunnah Rasulullah kahwin je..kawan2,,

" kadang2 kita terlalu sibuk memikirkan siapalah jodoh kita akan datang sehingga kita lupa untuk melakukan amalan menghadapi MAUT yang pastinya akan datang tidak kira masa,,mungkin esok?lusa?tahun depan..bulan depan?"

"kadang2 juga kita sibuk untuk mengikat perjanjian dengan dia (couple),,sebab kita takut dia akan dirampas,,sedangkan kita sendiri xpasti sama ada sempatkah kita bersama dia akan datang"


Jadi kawan2,,usah dirisau siapa jodoh kita,,tp risaulah bilakah jodoh kita bertemu Allah,,sempatkah kita memberi yang terbaik kepadaNya,,sempatkah kita bersedia menghadapi saat 'malam pertama' kita disana,,doalah banyak2 supaya kita semua mendapat perlindungan dan dimatikan dalam khusnul khatimah,,insyaAllah,,

P/S,,sekadar coretan,,kepada sesiapa yg terasa hati aku memohon ampun kemaafan,,