21.12.12

Cetusan Dai'e Waqafan

Assalamualaikum,,salam ukhuwah buat semua warga ENIGMA yang sangat2 dirindui~~
saje nak share cerita sikit,,tengah 'excited' nie setelah baru sahaja lepas perjuangan menjadi pelajar sekolah,,~alhamdulillah..

kawan2,,sekadar perkongsian,,setelah 7 tahun aku berada di alam persekolahan sek.menengah,,7 tahun juga aku menjadi Pelajar SBP,,sememangnya aku tidak normal seperti kalian semua yg hanya berada dalam alam persekolahan hanya 5 tahun,,sememangnya juga aku lambat untuk bergelar mahasiswa-mahasiswi seperti kawan2,,kadang2 sedih, cemburu, melihat kawan2 yg berada di universiti..tidak kiralah dalam negara mahupun di luar negara..kawan2, aku juga insan biasa yg tidak terlepas dari perasaan cemburu, iri hati, dsb,,

ya!ini memang pilihanku,,untuk menyambung ting.6,,tujuanku waktu itu hanya untuk menggembirakan hati kedua orang tuaku..disebabkan waktu itu, keluargaku mengalami masalah kewangan,,adik2 masih kecil untuk sambung pelajaran,,kakak pula baru masuk alam universiti yang memerlukan banyak kos..akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke bumi waqafan..waktu tue juga aku rasa sedikit 'frust' kerana aku tidak mendapat tawaran kos yang aku inginkan iaitu "bahasa arab" di UIA..waktu itu aku hanya dapat panggilan matrikulasi di Banting..setelah berbincang bersama keluargaku,, aku tekad untuk ke bumi waqafan..

pada mulanya,,aku memberontak..aku tidak dapat terima suasana di situ,, bagi aku, aku tidak layak..bi'ah solehah dan tarbiyah di bumi waqafan pada mulanya membuatkan aku tertekan..ketika itu,,aku terlalu rindukan kalian semua,,aku ingin hubungi kalian,,namun peraturan sekolah menghalang aku..ketika itu hanya Allah perantaraan aku dengan kalian semua..ketika aku masih tidak dapat menerima suasana di situ, aku dipertemukan dengan seorang ukhti yang begitu setia membimbing aku dan tidak jemu2 memberikan nasihat..antara kata2nya,, "bersabarlah dik, sesungguhnya di sini terlalu banyak mutiara,,kutiplah setiap mutiara2 tersebut.."
aku juga dipertemukan dengan guru2,,pada masa yang sama menjadi murabbiku..mereka selalu menekankan kepadaku tentang ilmu2 dan kata2 yang membuatkan aku berfikir sebab tujuan aku diciptakan serta segala ketentuan dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T..
teringat kata2 seorang ustazah,,"sesungguhnya kita merancang sesuatu dan Allah juga merancang sesuatu yang terbaik untuk kita,,kadang2,,kita merancang sesuatu yang kita sangkakan baik untuk kita..namun,,Allah tahu ada perancangan lain yang terbaik untuk kita..sesungguhnya Allah sebaik2 perancang dan Allah maha mengetahui setiap sesuatu..jadi jangan cepat melatah dan mengeluh andai kita diuji dengan sesuatu yang kita tidak suka..bersabarlah wahai anak-anakku!"

dan akhirnya,,setelah satu tahun setengah aku berada di situ,,baru aku sedar bahawa Allah telah memberi sesuatu yang terbaik buatku..alhamdulillah,,cuba kawan2 hayati lagu ini,,sangat menusuk kalbu~~


kawan2,,aku bukanla insan sesempurna,,namun aku mempunyai sedikit pesanan..:






kawan2,,sabarlah dalam setiap perkara~kadang2 kita cemburu melihat kebaikan yg ada pada orang lain,,
kadang2 kita rasa,,kita sahaja yang diuji,,
kadang2 kita rasa "frust" sehingga hampir mengalah
kadang2 kita rasa terlalu kecewa,,
kadang2 kita rasa semua orang xfaham kita..

namun disebalik kadang2 itu,,ada jawapannya,,,
iaitu
~ber'SABAR'lah~


~khairun minnallah syaruun minnafsi~~


1 comments:

Anonymous said...

balqis~~
its true indeed !!
thanks :)

Post a Comment