31.5.12

~Ayuh,,sahabatku!~

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Kerana aku mengasihi kamu SAHABAT2KU!!

alhamdulillah!coretan pendek dari salah seorang sahabat facebook ku benar2 mengetuk hatiku,,alhamdulillah,,coretan itu juga berjaya membuka mindaku untuk menulis entry kali ini,,syukran sahabatku,,,dan coretan ini khusunya ku tujukan buat warga ENIGMA yang tercinta..

Sahabat2,,secara sejujurnya pemergian diriku ke Bumi Waqafan banyak mengubah diriku,,alhamdulillah..pada mulanya..hatiku tertanya2,apala yang special sangat Bumi Waqafan itu,,aku sekadar pelajar F6 disitu,,pelajar yang sering dipandang lekeh oleh orang lain,,yea~pernah suatu ketika dulu,,aku rasa betapa rendahnya diriku berbanding sahabat2 yang lain,,yang mana sahabat lain dpat melanjutkan pelajaran mereka ke tempat yang mereka idam2kan,,ada antara mereka berlepas ke Bumi Anbiya'..ada juga antara mereka yang berlepas ke negara2 maju..ada juga antara mereka yang belajar di universiti2 tempatan yang memang cukup 'glamaour'..paling2 pon ade antara mereka menyambungkan pelajaran ke matrikulasi yang setaraf dengan u,,hakikatnya,tipulah,kalau aku katakan aku xjeles dengan kalian,,tipulah kalau aku katakan aku xkecewa..tipula kalau aku katakan aku xteringin nak jadi seperti mereka,,sapa xteringin nak pegang handphone sendiri,,boleh kol bila2 masa,,boleh kol sape2 jer,,sape xjeles kawan2 lain bergaya dengan lappy mereka masing2,,memang senang nak cari maklumat,,tambahan pulak,,boleh on9 24 jam,,xde sape yang halang..yg paling penting spe xjeles mereka xperlu pakai baju sekolah macam aku!mereka xde peraturan2 sekolah yg perlu diikuti sepanjang masa!

Sahabat2,,tanpa aku sedari,,kira2 6 bulan lagi jer aku akan memakai baju uniform sekolah~6 bulan jer lagi aku akan mengikut peraturan2 sekolah yang kadangkala memberi tekanan..peraturan yang mengaharamkan pembawaan fon,lappy,,,yang mana sahabat2 lain boleh memegang sesuka hati,,peraturan yang sangat2 meng'control'kan diri ini,,cuba bayangkan siapa sanggup seusia umur 19 tahun masih terikat dengan peraturan sekolah??tp hakikatnya,,peraturan2 itu yang mentarbiyahkan diri ini,,peraturan2 itu juga yang mendisplinkan diri ini dalam melaukan setiap perkara,,& yang paling penting peraturan2 di bumi waqafan itulah yang yang menjadikan aku sangat sensitif dan terlampau sayang kepada ISLAM,,agamu tercintaku,,abadan abada..

Sahabat2 kesayanganku LILLAH~pernah suatu hari aku menangis,,menangis terlau rindukan kalian semua..warga ENIGMA 0610..yang pernah suatu ketika dahulu menjadi teman seperjuanganku,,,yang pernah membuatku ketawa,menangis,adakalanya kecewa dan sebagainya..ketika itu aku berdoa pada Ilahi supaya kalian diberi kesihatan,,kejayaan dan yang paling penting keimanan yang tinggi padaNya,,sahabat2,,aku juga mengharapkan,,alangkah bagusnya jika kalian ada bersama2ku,,bersama2 di Bumi Waqafan itu menuntut ilmu kerana Allah,,sudah tentu aku mempunyai sahabat2 yang sentiasa membicarakan tentangNYA,,yang sentiasa membicarakan mengenai ilmuNya,,seperti mana senior2ku di Bumi Waqafan berpesan,,adik2..kutiplah seberapa banyak mutiara di bumi waqafan ini,,dan aku juga berharap kalian mendapat mutiara2 tersebut!

Sahabat2ku yang dicintai,,secara jujurnya,,
  1. Sekiranya peraturan di bumi waqafan mengajar aku supaya menutup aurat dengan sebaik2nya,,aku mahu kalian juga bersama2ku menutup aurat,,supaya kita sama2 tidak terjerumus ke neraka jahanam,,buat sahabat2 sejantinaku,,mahukah kalian menambah lagi ahli sejantina ke neraka jahanam??jadi aku mohon kepada kalian,,peliharalah auratmu,,tutupilah dadamu,,balutilah kakimu kerana kaki itu juga aurat yang selalu dipandang rendah oleh wanita lain~~
  2. Sekiranya di Bumi Waqafan aku belajar bercakap melalui bab al-liqa'(pertemuan pintu)antara pelajar lelaki dn perempuan,,jadi aku menyeru kepada kalian,,janganlah terlalu melampau dalam bermuamalat terutamanya dengan para ajnabi..jagalah batasan kalian,,pandangan mata kalian,,insyaAllah kalian akan menjadi orang2 yang berjaya di sisi-Nya,,
  3. sekiranya di Bumi Waqafan ini kami diajar supaya mengisi masa lapang dengan sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama2Nya,,aku juga mahu kalian sama2 bersamaku mengingatiNya,,ingatlah Allah ciptakan kita bukan tujuan untuk kita bersuka-ria tp hanya tujuan untuk beribadah kepadaNya,,
  4. Sekiranya aku dikerah untuk sentiasa solat jamaah di Bumi Waqafan,,aku harap kalian juga dapat sama2 mencari peluang untuk solat berjamaah~~yang paling penting jangan sesekali tinggalkan solat itu..solat jemaah itulah yang melambangkan perpaduan umat Islam!
sahabat2,,tujuan aku menulis entry ini bukan kerana niatku untuk menunjuk apalagi riak,,namun niat aku hanya berharap agar bukan sahaja diri aku ditarbiyah disana,,aku juga mahu kalian bersama2samaku mendapat nikmat syurgaNya..aku sayang kalian kerana Allah..aku juga perlukan kalian andainya suatu hari aku terpesong dari jalanNya,,aku harap kalian lah warga ENIGMA0610 yang memimpin tanganku kembali menuju redaNya,,andai suatu hari aku tersalah langkah,, sahabat2!jadi ayuhlah bersama2ku kita cari cinta&redhaNya disamping kita menuntut ilmu,,Allah akan memudahkan jalan orang yang sentisa mencintaiNya~~

p/s:.."SESUNGGUHNYA KADANGKALA ORANG YANG MENYERU ITULAH DIUJI..JADI ANDAIKATA SUATU HARI KALIAN MENYEDARI BAHAWA AKU TIDAK LAKUKAN APA YANG AKU KATAKAN,,TEGURLAH AKU,,"


~KHAIRUN MINALLAH..SYARRUN MIN NAFSI~

4 comments:

Anonymous said...

inshaallah.. :)

Anonymous said...

Moga moga Enigma berterusan di bawah keredhaan Allah :)

ms_dyllan said...

thanks sis. may Allah bless all of us =]

Anonymous said...

indah sekali ukhuwah yang dibina kerana Allah...berbahagialah mereka yang mengabdikan segalanya kerana Allah :)

Post a Comment