15.1.12

SPM selepas SPM



Bismillahirrahmanirrahim

Ucaplah ALHAMDULILLAH sebab kita masih hidup. Ucaplah ALHAMDULILLAH juga sebab ahli Enigma masih cukup bilangannya. Ucaplah ALHAMDULILLAH sekali lagi sebab kita dilahirkan Islam dan ucaplah INSYA-ALLAH kita akan dimatikan dalam keadaan Islam. AMIN

Masihkah kita ingat zaman-zaman sekolah dulu? Masa kita bertungkus-lumus mengejar impian yang tidak pasti~STRAIGHT A SPM. Maka macam-macam cara dibuat, solat hajat, bacaan Yasin, jaga hubungan dengan cikgu, junior, stay-up, minum redbull, stay-up, makan kismis, minum air zam-zam, tampal sana tampal sini, study group, study sorang2, latihan, tekan tubi, latih tubi, meniru, meminjam buku top2 student, layan nasyid, layan bacaan al-Quran, pergi surau awal, puasa sunat, solat sunat, puasa ganti, doa, doa, dan tidak putus2 berdoa sampai result SPM diumumkan.

Adakah kita akan tersenyum begini dengan result KITA di HARI AKHIRAT

Tarikh keramat result dikeluarkan, melompatlah mereka yang dapat apa yang didoakan dan melompat juga mereka yang result tak seperti yang diharapkan tapi tetap gembira dengan lompatan kawan-kawan mereka yang dapat result yang gempak. Dengan lompatan kegembiraan itu ditambah pula dengan pelukan dan ciuman ibubapa, penjaga, guru dan kawan2 maka pulanglah masing-masing ke rumah.

Sehari lepas keputusan dikeluarkan, rasa nak buat semua benda jahat yang ada kat dunia. Yang result gempak dah tak perlu risau nak buat dosa, result dah dapat, gempak lagi. Yang result tak gempak pun nak buat dosa, konon nak release tension. Tapi kita lupa, aku lupa, kau lupa yang Malaikat pencatit amalan tidak pernah lupa. Setiap saat setiap detik menilai baik buruk amalan kita untuk dihantar ke lembaga Hisab Allah SWT.

Selepas itu, sijil penilaian akan dikeluarkan. Kali ini bukan yang mendapat result cemerlang sahaja dipanggil ke atas pentas macam masa ambil result dulu tapi kita semua akan dihadapkan ke hadapan pentas Allah SWT. Sama ada di sijil kita tertera:

TAHNIAH ANDA KE SYURGA atau PADAN MUKA DUK DALAM NERAKA.


Rasa-rasanya adakah kita akan tetap melompat, dicium, dipeluk, dan ditepuk pada masa itu?

Kawan-kawan, aku manusia sama macam anda. Aku juga buat dosa, buat salah. Sabda Nabi: Setiap Bani Adam buat salah dan sebaik-baik pembuat salah adalah mereka yang bertaubat. 

Allah

Kasihnya Allah kat kita, Allah sentiasa bagi kita ruang untuk membetulkan kesalahan kita. Dia nak kita semua dapat STRAIGHT A kat akhirat. Persoalannya sekarang kita nak ke taknak?

Hakikatnya, hidup ini adalah satu ujian. Tengok terjemahan Al-Quran ayat 2 Surah yang selalu kita baca sebelum tidur. Surah Al-Mulk.

Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa yang lebih baik amalannya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Maka jom sama-sama kita struggle untuk SYURGA! Struggle itu pahit sebab syurga itu manis...