30.12.12

Salam Imtihan!

Assalamualaikum,, khas buat sahabat2 ENIGMA yang bakal menghadapi peperiksaan,,
,Bittaufiq WanNajah~



....KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,
....KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAN,
....KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,
....KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN...

"بالتوفيق والنجاح "



..SEDIKIT TIP UNTUK SAHABAT2!..

--BELAJAR BERSUNGGUH2..otak jadi tajam..
--KURANGKAN MAKAN..otak jadi cedik..
--DIRIKAN SOLAT MALAM..fikiran jadi lapang..
--BACA AL-QURAN DGN MEMANDANG MUSHAF..hati jadi tenang..
--BANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.. utk terangkn hati..
--BERSUGI SLPS WUDHU'..
--MAKAN MADU..sblm sarapan..
--MAKAN KISMIS..
--MAKAN KURMA..
--BNYK MINUM KACANG SOYA..
--DOAKN UTK SAHABAT2 ANDA..=)

.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN,
.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT,
.....YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA.,,,


~InsyaAllah!semoga usaha dan doa sahabat2 mengiringi kejayaan kalian semua!
doakan juga diri ini terus diberi kecemerlangan olehNya,,~

21.12.12

Cetusan Dai'e Waqafan

Assalamualaikum,,salam ukhuwah buat semua warga ENIGMA yang sangat2 dirindui~~
saje nak share cerita sikit,,tengah 'excited' nie setelah baru sahaja lepas perjuangan menjadi pelajar sekolah,,~alhamdulillah..

kawan2,,sekadar perkongsian,,setelah 7 tahun aku berada di alam persekolahan sek.menengah,,7 tahun juga aku menjadi Pelajar SBP,,sememangnya aku tidak normal seperti kalian semua yg hanya berada dalam alam persekolahan hanya 5 tahun,,sememangnya juga aku lambat untuk bergelar mahasiswa-mahasiswi seperti kawan2,,kadang2 sedih, cemburu, melihat kawan2 yg berada di universiti..tidak kiralah dalam negara mahupun di luar negara..kawan2, aku juga insan biasa yg tidak terlepas dari perasaan cemburu, iri hati, dsb,,

ya!ini memang pilihanku,,untuk menyambung ting.6,,tujuanku waktu itu hanya untuk menggembirakan hati kedua orang tuaku..disebabkan waktu itu, keluargaku mengalami masalah kewangan,,adik2 masih kecil untuk sambung pelajaran,,kakak pula baru masuk alam universiti yang memerlukan banyak kos..akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke bumi waqafan..waktu tue juga aku rasa sedikit 'frust' kerana aku tidak mendapat tawaran kos yang aku inginkan iaitu "bahasa arab" di UIA..waktu itu aku hanya dapat panggilan matrikulasi di Banting..setelah berbincang bersama keluargaku,, aku tekad untuk ke bumi waqafan..

pada mulanya,,aku memberontak..aku tidak dapat terima suasana di situ,, bagi aku, aku tidak layak..bi'ah solehah dan tarbiyah di bumi waqafan pada mulanya membuatkan aku tertekan..ketika itu,,aku terlalu rindukan kalian semua,,aku ingin hubungi kalian,,namun peraturan sekolah menghalang aku..ketika itu hanya Allah perantaraan aku dengan kalian semua..ketika aku masih tidak dapat menerima suasana di situ, aku dipertemukan dengan seorang ukhti yang begitu setia membimbing aku dan tidak jemu2 memberikan nasihat..antara kata2nya,, "bersabarlah dik, sesungguhnya di sini terlalu banyak mutiara,,kutiplah setiap mutiara2 tersebut.."
aku juga dipertemukan dengan guru2,,pada masa yang sama menjadi murabbiku..mereka selalu menekankan kepadaku tentang ilmu2 dan kata2 yang membuatkan aku berfikir sebab tujuan aku diciptakan serta segala ketentuan dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T..
teringat kata2 seorang ustazah,,"sesungguhnya kita merancang sesuatu dan Allah juga merancang sesuatu yang terbaik untuk kita,,kadang2,,kita merancang sesuatu yang kita sangkakan baik untuk kita..namun,,Allah tahu ada perancangan lain yang terbaik untuk kita..sesungguhnya Allah sebaik2 perancang dan Allah maha mengetahui setiap sesuatu..jadi jangan cepat melatah dan mengeluh andai kita diuji dengan sesuatu yang kita tidak suka..bersabarlah wahai anak-anakku!"

dan akhirnya,,setelah satu tahun setengah aku berada di situ,,baru aku sedar bahawa Allah telah memberi sesuatu yang terbaik buatku..alhamdulillah,,cuba kawan2 hayati lagu ini,,sangat menusuk kalbu~~


kawan2,,aku bukanla insan sesempurna,,namun aku mempunyai sedikit pesanan..:






kawan2,,sabarlah dalam setiap perkara~kadang2 kita cemburu melihat kebaikan yg ada pada orang lain,,
kadang2 kita rasa,,kita sahaja yang diuji,,
kadang2 kita rasa "frust" sehingga hampir mengalah
kadang2 kita rasa terlalu kecewa,,
kadang2 kita rasa semua orang xfaham kita..

namun disebalik kadang2 itu,,ada jawapannya,,,
iaitu
~ber'SABAR'lah~


~khairun minnallah syaruun minnafsi~~


26.11.12

Short Foundation Summary

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Haha Guess what, I'm going to make this blog as my personal blog, since xde sape yg nk post kt sini dh. Haha. Just want to write about myself. =) Okay, setelah setahun setengah mengharungi liku2 kehidupan di pelajar asasi di UIA(Org lain yg Matriks, asasi sume setahun je... sobss). One semester at Nilai,N9 and another 2 semester at Gombak. I've been through both happiness and difficulties. And now, tiba masa utk menunggu utk masuk Degree. Yeahh, at UIA lg. Jeles ohh yg pgi oversea tuh. Seriously sgt2 jeles. But, we need to be thankful, right? These one and a half year, i've choose to be someone different from what I always do. I joined society. Safwan dgn kak izzati rahim have been my boss during 1st semester. Heheh. I learnt to make proposals, managing events, meeting, planning, cari sponsor and all that stuff. Kind of a very busy life. Every semester aku ajak wher tlg aku but every semester dia tolak. Nk jd student biasa katanya. Okay, haha. Lupa nk mention zaleha. She is very helpful to me, being in one same society for 3 long semester. Ehh, dua society actually. Tp kdg2 tu gaduh jgk la dlm meeting kalau x sama pendapat. Haha But, with all this, I am really happy kalau korg ajak pgi mne2 mcm iftar aritu. Sorry aritu xdpt join paintball, xde transport and money. :) Since my life are very busy, I still cant manage my time between meeting and studying. Yeah, I learnt to collect some warning letter for not attending classes. Starts to skip quizzes and forgot to submit assignments. Tapi xsemua lah, mne yg mampu tu buatlah. Haha. And yeahh, at one point, tak tidur malam siapkn kerja sume. But maybe because I'm used to study last minute, ntah mcm mne lepas jugaklah dean's list tuh. Walaupun x sehebat Aini. HAHA. Yeahh, thats all. Nk bersiap pgi kerja at 8.30am. Hoho. Kerja kerani je, gaji x byk mana. Haha. So, that is my story. What is yours?

15.8.12

reminiscence iftar jamaie

bismillahirahmanirahim. uhibbukum fillah.

alhamdulillah . kita diberi kesempatan nak masuk blog nii balik . :)  . 

ini kisah iftar jamaie kami semua :)


dengan kehadiran seramai 17 ahli  enigma.    

aku rasa aku nampak muda. pffft. haha
 kehadiran 17 ahli enigma ini membawa satu kegembiraan yang lain dalam ramadan kali ini. ohh 17 sebab mozek datang lepas berbuka. still, datang jugak. so dia considered join laah. kehkeh



host gathering kali niih azam. dia yang host. pukul 4 dia sampai. pfft. yang dari sabak pon datang lagi awal. dah lah datang lambat. nak tengok wayang nak main bowling nak shoping raya .  haha
kesian azam. 

kisah hanso pulaak. selipar dia chomeell. first jumpa expectation semua curi selipar masjid! haha. 


ini marco polo. paling awal sampai. pukul 11 aku tak mandi lagi dia dah sampai dengan atik ngan paan. (Y) . rambut dia partially parallel . hewhew


ini akhiar. asal roger dia nak keluar . soalan dia kompem siapa lagi? .  feberet. gamba tuh pfft. lighting tempat pool tuh cam ape ntah. 



 niiih semua dah malas nak buat pape. menunggu detik nak berbuka. masa gerak ya rabbi slow gila time niih. 

initially nak main bowling pastuh semua lapar letih malas and as the sun goes down , boling makin mahal. maka ber usrah  kat sinih. kehkeh.

niih the izwans. afdhil datang nun jauh dari melaka. mantaap!


niih lah dia host kita. hero batu cave. muehehe.


niih atik agogo. kawan baik arip ipan. haha. ada dia niih + budak lain sikit. perhh sorang sorang punye buku lama dia bukak. 


ohh apisz tuh dok atas kerusi sbab dia tengah charge fon tuh. 


ini arip ipan. kawan baik dia atik agogo. haha. gaya dah macam budak kecik hilang parent kat mall.


apep! kalau apep tadatang . jangan harap itu ruslan roslan nak datang. apep datang mengharap kehadiran  epul. eh bukan yg tuh epul yang ini. haha. epul nih pulak nokharoom. mesej jadah tak reply. gaya dok cina padahal kat mesia lagi je punn.


nih paan. nama glamour dia lemb. haha. dia tengah posing sebenarnye niih. bukan menyembang. tehee. kisah paan dengan eskalator pon jadi kenangan manis. semua salah abu. haha. 


niih cashier bergerak hari tuh. dalam dompet tak main ringgit ringgit. semua euros je. hero dari urduun.


sebab aku upload gamba bawah niih tiga -tiga , sebab nak tunjuk kat korang muka aatik. see  how happpy he was? eh , see how happy we were? 




kedai dah macam kitorang yang punye. padahal kedai full house.
ignoring the surroundings , theres just us. ukhwah filllah.



ini apa dia buat aku pon taktau. walrus like posing . haha



nih meja paling lambat. nasib baik paan meja lain. orang dah berbuka baru nak bukak suis. haha.  



kuwayyiz giddan !


taktau nak tulis apa. HAHAHAHA


apa yang dimakan tuh takdelaah contribute banyak sangat to the joy and super duper  happy atmosphere . tapi the people we are with yang contribute banyak. 


antara syarat nak capai kemanisan iman tuh mencintai seseorang kerana Allah . tak kira laah sahabat ke kekasih ke. 
maka, uhibbukum fillah!


tuh pinggan whero! dia yg tak makan sayur ! hahahaa


adhil buat muka comel. haha. whero pilih cekodok . sayur dia letak balik. dia cakap sayur boleh buat cancer. haha 



and finally ~ kaching kaching. thanks to those yang bayar lebih. kehkeh. ends up it is a very cheap iftar indeed. 



pikir dah habis ke? 


  • well, gambar dah habis laah. nak cerita for those unfortunate yang tadapat datang. kehkeh. lepas iftar, then berjalan area pj kejap. isya' pastu tarawih. muehehehe. pastu gerak gi wangsa walk. kesian aatik nak sangat tengok step up. aku ajak mula mula , dia nak tengok bourne legacy. HAHAHA



  • lepas wangsa walk gi burger bakar kat wangsa melawati. haram jadah punye azan bagi direction cam gps outdated. 



  • kat burger bakar. haaaa. sinih afdhil depart. meh aku cerita what happened. sinih lah the detailed buku lama was revealed. sampai ada satu cerita yang 4 orang je paham :/ . it was ze most amazing night.hours spent here.

  • pastu gerak gi danau kota uptown. first time aku masuk uptown. macam pasar malam yang memang malam betullah. pusing pusing. aku cari baju smurf takhade. everything is so cheap! then lepak sana . time niih pukul 1-3 pagi kat sinih. semua dah lemau dah time niih. amar gi tidur dalam kereta. 


  • then arep ipan nak balek. ade jugaak laah private joke yang keluar kat sinih. haha. maka, rombongan seterusnya ke uia gombak. habis semua trafic light merah diterjah. arab ammiyah ckap,   على طول ! hantar arep ipan, then rehat kejap kat masjid uia tuh . join sekali the qiam yang tengah buat kat sana. serius. imam dia baca sedap gila! kat sinih geng sabak depart. 

  • then we went for sahur. kat greenwood. time niih semua dah lemau dah. hans je segar. apa dia makan taktau. lepas sahur everyone depart. 

  • aku enjoyed very much the 18 hours activity. misi iftar jamaie berjaya. 

  • thanks sbab bkorban masa ngan tenaga dan lainlain .

  • harith , hafizuddin , aatik , amar , farhan , izwan , izwan, muzhaffar, muazan, hanis afiq, azamuddin , zuraifi, izat, azan , arif irfan , afif aizat and akhiar ! 

tulaah laporan hari itu. moga harap dimaafkan segala silap dan salah , everything said everything done everything that had happened . enjoyed every second of it. andaikata kita tak jumpa dah lepas niih, ataupun takde rezeki nak jumpa .takhape ,  



kalau bukan didunia , di syurga Allah 


insyaAllah. ikhwah fillah :)

31.5.12

~Ayuh,,sahabatku!~

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Kerana aku mengasihi kamu SAHABAT2KU!!

alhamdulillah!coretan pendek dari salah seorang sahabat facebook ku benar2 mengetuk hatiku,,alhamdulillah,,coretan itu juga berjaya membuka mindaku untuk menulis entry kali ini,,syukran sahabatku,,,dan coretan ini khusunya ku tujukan buat warga ENIGMA yang tercinta..

Sahabat2,,secara sejujurnya pemergian diriku ke Bumi Waqafan banyak mengubah diriku,,alhamdulillah..pada mulanya..hatiku tertanya2,apala yang special sangat Bumi Waqafan itu,,aku sekadar pelajar F6 disitu,,pelajar yang sering dipandang lekeh oleh orang lain,,yea~pernah suatu ketika dulu,,aku rasa betapa rendahnya diriku berbanding sahabat2 yang lain,,yang mana sahabat lain dpat melanjutkan pelajaran mereka ke tempat yang mereka idam2kan,,ada antara mereka berlepas ke Bumi Anbiya'..ada juga antara mereka yang berlepas ke negara2 maju..ada juga antara mereka yang belajar di universiti2 tempatan yang memang cukup 'glamaour'..paling2 pon ade antara mereka menyambungkan pelajaran ke matrikulasi yang setaraf dengan u,,hakikatnya,tipulah,kalau aku katakan aku xjeles dengan kalian,,tipulah kalau aku katakan aku xkecewa..tipula kalau aku katakan aku xteringin nak jadi seperti mereka,,sapa xteringin nak pegang handphone sendiri,,boleh kol bila2 masa,,boleh kol sape2 jer,,sape xjeles kawan2 lain bergaya dengan lappy mereka masing2,,memang senang nak cari maklumat,,tambahan pulak,,boleh on9 24 jam,,xde sape yang halang..yg paling penting spe xjeles mereka xperlu pakai baju sekolah macam aku!mereka xde peraturan2 sekolah yg perlu diikuti sepanjang masa!

Sahabat2,,tanpa aku sedari,,kira2 6 bulan lagi jer aku akan memakai baju uniform sekolah~6 bulan jer lagi aku akan mengikut peraturan2 sekolah yang kadangkala memberi tekanan..peraturan yang mengaharamkan pembawaan fon,lappy,,,yang mana sahabat2 lain boleh memegang sesuka hati,,peraturan yang sangat2 meng'control'kan diri ini,,cuba bayangkan siapa sanggup seusia umur 19 tahun masih terikat dengan peraturan sekolah??tp hakikatnya,,peraturan2 itu yang mentarbiyahkan diri ini,,peraturan2 itu juga yang mendisplinkan diri ini dalam melaukan setiap perkara,,& yang paling penting peraturan2 di bumi waqafan itulah yang yang menjadikan aku sangat sensitif dan terlampau sayang kepada ISLAM,,agamu tercintaku,,abadan abada..

Sahabat2 kesayanganku LILLAH~pernah suatu hari aku menangis,,menangis terlau rindukan kalian semua..warga ENIGMA 0610..yang pernah suatu ketika dahulu menjadi teman seperjuanganku,,,yang pernah membuatku ketawa,menangis,adakalanya kecewa dan sebagainya..ketika itu aku berdoa pada Ilahi supaya kalian diberi kesihatan,,kejayaan dan yang paling penting keimanan yang tinggi padaNya,,sahabat2,,aku juga mengharapkan,,alangkah bagusnya jika kalian ada bersama2ku,,bersama2 di Bumi Waqafan itu menuntut ilmu kerana Allah,,sudah tentu aku mempunyai sahabat2 yang sentiasa membicarakan tentangNYA,,yang sentiasa membicarakan mengenai ilmuNya,,seperti mana senior2ku di Bumi Waqafan berpesan,,adik2..kutiplah seberapa banyak mutiara di bumi waqafan ini,,dan aku juga berharap kalian mendapat mutiara2 tersebut!

Sahabat2ku yang dicintai,,secara jujurnya,,
  1. Sekiranya peraturan di bumi waqafan mengajar aku supaya menutup aurat dengan sebaik2nya,,aku mahu kalian juga bersama2ku menutup aurat,,supaya kita sama2 tidak terjerumus ke neraka jahanam,,buat sahabat2 sejantinaku,,mahukah kalian menambah lagi ahli sejantina ke neraka jahanam??jadi aku mohon kepada kalian,,peliharalah auratmu,,tutupilah dadamu,,balutilah kakimu kerana kaki itu juga aurat yang selalu dipandang rendah oleh wanita lain~~
  2. Sekiranya di Bumi Waqafan aku belajar bercakap melalui bab al-liqa'(pertemuan pintu)antara pelajar lelaki dn perempuan,,jadi aku menyeru kepada kalian,,janganlah terlalu melampau dalam bermuamalat terutamanya dengan para ajnabi..jagalah batasan kalian,,pandangan mata kalian,,insyaAllah kalian akan menjadi orang2 yang berjaya di sisi-Nya,,
  3. sekiranya di Bumi Waqafan ini kami diajar supaya mengisi masa lapang dengan sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama2Nya,,aku juga mahu kalian sama2 bersamaku mengingatiNya,,ingatlah Allah ciptakan kita bukan tujuan untuk kita bersuka-ria tp hanya tujuan untuk beribadah kepadaNya,,
  4. Sekiranya aku dikerah untuk sentiasa solat jamaah di Bumi Waqafan,,aku harap kalian juga dapat sama2 mencari peluang untuk solat berjamaah~~yang paling penting jangan sesekali tinggalkan solat itu..solat jemaah itulah yang melambangkan perpaduan umat Islam!
sahabat2,,tujuan aku menulis entry ini bukan kerana niatku untuk menunjuk apalagi riak,,namun niat aku hanya berharap agar bukan sahaja diri aku ditarbiyah disana,,aku juga mahu kalian bersama2samaku mendapat nikmat syurgaNya..aku sayang kalian kerana Allah..aku juga perlukan kalian andainya suatu hari aku terpesong dari jalanNya,,aku harap kalian lah warga ENIGMA0610 yang memimpin tanganku kembali menuju redaNya,,andai suatu hari aku tersalah langkah,, sahabat2!jadi ayuhlah bersama2ku kita cari cinta&redhaNya disamping kita menuntut ilmu,,Allah akan memudahkan jalan orang yang sentisa mencintaiNya~~

p/s:.."SESUNGGUHNYA KADANGKALA ORANG YANG MENYERU ITULAH DIUJI..JADI ANDAIKATA SUATU HARI KALIAN MENYEDARI BAHAWA AKU TIDAK LAKUKAN APA YANG AKU KATAKAN,,TEGURLAH AKU,,"


~KHAIRUN MINALLAH..SYARRUN MIN NAFSI~

15.1.12

SPM selepas SPM



Bismillahirrahmanirrahim

Ucaplah ALHAMDULILLAH sebab kita masih hidup. Ucaplah ALHAMDULILLAH juga sebab ahli Enigma masih cukup bilangannya. Ucaplah ALHAMDULILLAH sekali lagi sebab kita dilahirkan Islam dan ucaplah INSYA-ALLAH kita akan dimatikan dalam keadaan Islam. AMIN

Masihkah kita ingat zaman-zaman sekolah dulu? Masa kita bertungkus-lumus mengejar impian yang tidak pasti~STRAIGHT A SPM. Maka macam-macam cara dibuat, solat hajat, bacaan Yasin, jaga hubungan dengan cikgu, junior, stay-up, minum redbull, stay-up, makan kismis, minum air zam-zam, tampal sana tampal sini, study group, study sorang2, latihan, tekan tubi, latih tubi, meniru, meminjam buku top2 student, layan nasyid, layan bacaan al-Quran, pergi surau awal, puasa sunat, solat sunat, puasa ganti, doa, doa, dan tidak putus2 berdoa sampai result SPM diumumkan.

Adakah kita akan tersenyum begini dengan result KITA di HARI AKHIRAT

Tarikh keramat result dikeluarkan, melompatlah mereka yang dapat apa yang didoakan dan melompat juga mereka yang result tak seperti yang diharapkan tapi tetap gembira dengan lompatan kawan-kawan mereka yang dapat result yang gempak. Dengan lompatan kegembiraan itu ditambah pula dengan pelukan dan ciuman ibubapa, penjaga, guru dan kawan2 maka pulanglah masing-masing ke rumah.

Sehari lepas keputusan dikeluarkan, rasa nak buat semua benda jahat yang ada kat dunia. Yang result gempak dah tak perlu risau nak buat dosa, result dah dapat, gempak lagi. Yang result tak gempak pun nak buat dosa, konon nak release tension. Tapi kita lupa, aku lupa, kau lupa yang Malaikat pencatit amalan tidak pernah lupa. Setiap saat setiap detik menilai baik buruk amalan kita untuk dihantar ke lembaga Hisab Allah SWT.

Selepas itu, sijil penilaian akan dikeluarkan. Kali ini bukan yang mendapat result cemerlang sahaja dipanggil ke atas pentas macam masa ambil result dulu tapi kita semua akan dihadapkan ke hadapan pentas Allah SWT. Sama ada di sijil kita tertera:

TAHNIAH ANDA KE SYURGA atau PADAN MUKA DUK DALAM NERAKA.


Rasa-rasanya adakah kita akan tetap melompat, dicium, dipeluk, dan ditepuk pada masa itu?

Kawan-kawan, aku manusia sama macam anda. Aku juga buat dosa, buat salah. Sabda Nabi: Setiap Bani Adam buat salah dan sebaik-baik pembuat salah adalah mereka yang bertaubat. 

Allah

Kasihnya Allah kat kita, Allah sentiasa bagi kita ruang untuk membetulkan kesalahan kita. Dia nak kita semua dapat STRAIGHT A kat akhirat. Persoalannya sekarang kita nak ke taknak?

Hakikatnya, hidup ini adalah satu ujian. Tengok terjemahan Al-Quran ayat 2 Surah yang selalu kita baca sebelum tidur. Surah Al-Mulk.

Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa yang lebih baik amalannya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Maka jom sama-sama kita struggle untuk SYURGA! Struggle itu pahit sebab syurga itu manis...