31.12.11

2012 Yang Penuh Konspirasi

Semasa post ini ditulis, jam menunjukkan 8.11 pagi waktu Jordan. Suasana pagi tahun baru 2012 ini tenang, sunyi dan sepi menafikan pandangan sesetengah masyarakat yang bimbang, khuatir dan panik dengan kedatangan tahun 2012 yang begitu panas dilanda kontroversi.





Bermula dengan penayangan filem pencetus huru-hara, Filem 2012, pelbagai andaian dilontarkan dari sekecil-kecil bencana alam sehinggalah sebesar-besar The Judgement Day. Paling menyedihkan adalah isu-isu yang ditimbulkan telah dipercayai oleh mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.


Walaupun begitu, menarik juga kalau kita mengkaji sedikit tentang ramalan kaum Maya, punca sebenar teori kiamat 2012.


Ramalannya adalah seperti berikut:


Dalam kalender bangsa Maya yang sangat tersohor itu, diramalkan bahwa pada periode 1992-2012 bumi akan “dimurnikan”, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenal menguasai pengetahuan tentang ilmu falak yang khusus dan mendalam, sistem penanggalan yang sempurna, penghitungan perbintangan yang rumit serta metode pemikiran abstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan akurasi dari pada penanggalannya membuat orang takjub.

Nampak?

Faham?

Kalau pun kita ingin sangat mengikut ramalan tersebut, ikutlah secara hikmah dan membawa faedah. Ramalan tersebut jelas mengatakan yang akan berakhirnya peradaban manusia sekarang dan akan MUNCUL satu peradaban BARU.

Ramalan tersebut patut diambil pengajaran oleh kita sebagai orang Islam. Sampai bila kita mahu kekal dalam peradaban yang mana umat kita dipandang hina, jijik, dan jumud. Islam yang dibawa Rasulullah tidaklah begitu, tetapi setelah 1400 tahun macam-macam telah berubah, semuanya disebabkan kita, manusia yang gagal memahami asas-asas ajaran Islam yang suci lagi murni seperti mana mereka yang telah menyalahtafsirkan ramalan kaum Maya tadi.

Agama ini ibarat aliran air bukit yang turun ke lembah. Bermula dari puncak bukit, airnya suci dan bersih tetapi sepanjang perjalanannya ke lembah itu, diangkut sekali batu, pasir, dan pelbagai lagi elemen-elemen yang akhirnya apabila sampai di lembah airnya menjadi keruh.

Hanya satu cara untuk menjadikan air tadi kembali bersih, iaitu dengan menggunakan 'water-filter'. Islam juga ada filternya, Al-Quran dan As-Sunnah.

Sabda Nabi: Telah ku tinggalkan dua perkara yang jika engkau pegang dengannya nescaya kau tak akan sesat, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Akibat salah tafsir kedua-dua sumber ini oleh segelintir manusialah yang menyebabkan umat Islam dilanda satu zaman yang sangat gelap pada masa ini.

Islam itu bukanlah hanya aqidah dan ibadat, tetapi juga tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak dan kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang, serta toleransi dan kekuatan.

Kesimpulannya, melangkah ke tahun baru 2012 jangan kita bawa otak dan cara pemikiran kita yang lama. Gajet baru mesti dipadankan dengan aksesori yang baru. Baju baru pasti padan dengan seluar dan kasut baru. Rumah baru pasti indah dengan perabot baru. 

Ayuh, rakan-rakanku kita barukan pemikiran kita terhadap agama yang menjamin kita ke syurga Allah S.W.T. Pembaharuan pemikiran masyarakat Islam telah melanda dengan lebat di negara-negara maju di Barat. Tidakkah kita mahu menjadi seperti mereka? 8 tahun masa yang sangat singkat untuk kita menuju ke wawasan 2020. Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan di sini di mana lagi?

Bukankah di Malaysia, cara sambutan Tahun Baru juga diperBAHARUi. Gandingan Zizan dan Ust Azhar Idrus bukanlah sesuatu yang boleh kita jumpa tahun-tahun sebelum ini.

5.12.11

Kawan-kawan Kita di Obersea

China
 Mesir

Jordan

Antara wajah kawan-kawan kita di perantauan. Orang kata hidup di luar negara ni best.. 

Memang silap besarlah, bagi aku hidup di luar negara takdelah best mana. Lagi-lagi bila musim sejuk, MENGGIGIL! Jauh dengan keluarga, makanan dan budaya yang pelik2 dan ganjil, tiadanya bazar ramadhan @ pasar malam, masalah pertuturan, dipandang sinis oleh warga tempatan, menjadi target penjenayah, pencuri, pencabul, perompak, peragut,  dan berbagai lagi perkara yang tidak menyelesakan  berlaku bila tinggal di negara orang ni.

Tak best kan..

Maka untunglah mereka yang berada di Malaysia. Cubalah korang fikir betul-betul. Betapa banyaknya nikmat hidup di negara tanah tumpah darah kita. Walaupun memang aku tak nafikan kerajaan kita TERUK tapi at least adanya pihak pembangkang yang dapat mengawal keterukan kerajaan daripada menjadi lebih teruk.( Aku tak tipu)

Betullah peribahasa Melayu: Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri.

Semakin lama aku tinggal kat obersea ni semakin aku rasa kebenaran peribahasa tersebut tapi nak buat macam mana, aku dah ada kontrak dengan pihak tajaan. Maka terpaksalah aku menghabiskan sisa2 zaman universiti aku di perantauan.

Aku menulis makalah ini dari bumi Jordan. Kalau korang nak tahu, sebelah Jordan ni negara haram Israel. Bila-bila masa boleh bergaduh, cuma setakat ni Jordan terikat dengan perjanjian bersama pihak Israel. Tapi situasi kini sangat mencemaskan, dengan rusuhan yang berlaku di hampir kebanyakan negara Arab membayangkan pihak musuh Islam terutamanya Israel Laknatullah bersama negara sekutunya, Amerika tidak akan berdiam diri. Ni bukan konspirasi, ni betul-betul kejadian.

Aku harap kawan-kawan aku kat mana-mana pun korang berada, marilah sama-sama meneliti situasi yang berlaku di negara Arab ini dengan sepenuh perhatian dan paling kurang kita bertaubat. Sesungguhnya sesuatu yang besar akan berlaku dan kita kena bersiap sedia.

Apa yang akan berlaku?

Rasanya tak perlu dijawab kot, apa pun peristiwa besar yang akan berlaku di dunia, besar lagi peristiwa yang akan berlaku terhadap diri kita.

KEMATIAN!

Adakah kita bersedia untuk menghadapinya?? Ketika makalah ni ditulis, mayat seorang pelajar perubatan tahun 2 Malaysia yang menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Jordan telah selamat tiba di tanah air Malaysia dengan diiringi ayah tercinta. Adakah dia menyangka yang dia akan meninggal dulu sebelum ayahnya yang telah lanjut usia meninggal?

Pastinya TIDAK! Adakah kita tahu bila kita akan meninggal??

Pastinya TIDAK!

Adakah kita dapat kembali ke dunia untuk beramal soleh setelah diazab seksa oleh Allah nanti??

Pastinya TIDAK!

Sesungguhnya kematian itu lebih pasti berlaku daripada pastinya tahun depan tahun 2012.

Tak semestinya kita kena duduk mendekam kat dalam masjid je nak masuk syurga.. Fikir-fikirkanlah..

Saidina Ali R.A. berkata :

1. Dari sekian banyak nikmat dunia, cukuplah ISLAM sebagai nikmat bagimu
.
2. Dari sekian banyak kesibukan, cukuplah KETAATAN sebagai kesibukan bagimu.

3. Dari sekian banyak pelajaran, cukuplah KEMATIAN sebagai pelajaran bagimu.

Chill bro. Kalau korang sempat membaca makalah ni maksudnya korang masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang benar dan best ini. Akhir sekali aku nak minta supaya kawan-kawan Enigma yang budiman sekalian agar mendoakan keselamatan dan kecemerlangan kami di perantauan ini. Janganlah dengki sangat. Aku ulang: Bukannya best pon kat obersea!

Sekian, sayang korang! :D