11.3.11

SPM Straight A+

Dah lama aku tak menulis dalam blog batch Enigma kita nih. Maklumlah lepas SPM ni macam-macam benda nak kena buat.

Tapi sekurang-kurangnya ada lah jugak aku menulis walaupun sedikit berbanding ada rakan-rakan kita yang lain yang langsung tak nak menulis. Gurau je....

Namun aku bersangka baik, mungkin masing-masing terlalu sibuk sehingga 24 jam yang dikurniakan Allah dalam sehari itu tidak mencukupi.

Ada yang kerja dari pagi ke malam, ada yang berkhidmat untuk negara tercinta, ada yang meneruskan pengajian, ada yang sibuk belajar memasak di rumah walaupun sekarang baru pandai memasak air namun itu pun satu progress yang baik, dan mungkin ada yang tak cukup masa asyik berusaha nak membina dan membentuk badan supaya mengikut peredaran zaman dan trend terkini.

Atas segala perkara, di sini aku nak mengingatkan satu perkara. Pesanan Ustaz Zaki, seorang ustaz paling sempoi yang pernah aku kenal.

Beliau pernah berpesan dalam kelas tambahan PSI kat Surau Asy-Syakirin dulu. Pesannya lebih kurang beginilah: Allah kalau nak bagi straight A tu, alah.. senang je. Yang penting kita kena YAKIN dengan Allah Yang Maha Kuasa.

Kebiasaan kita, memang kita berdoa, tidak kira dalam apa bahasa sekali pun, namun adakah kita bersungguh-sungguh mengharapkan kepada Allah untuk mengkabulkan doa kita itu??

Ramai antara kita hanya berdoa sebagai cukup syarat sahaja tapi dalam hati tak rasa apa-apa. Tidak mengharapkan Allah mengkabulkan doanya dan tidak ada perasaan yakin dalam hati bahawasanya Allah mampu mengkabulkan doa kita.


Jadi kesimpulannya, tinggal seminggu lagi ni sebelum keputusan SPM, maka marilah kita ubah uslub atau cara doa kita. Berdoalah supaya Allah memberi seluruh rakan-rakan kita keputusan SPM STRAIGHT A PLUS kesemuanya. Memang kita rasa mustahil tapi Allah itu Maha Kuasa dan yang penting kita kena yakin. Itu sahaja.

Tidak kiralah kita jawab soalan hari itu bukan main teruk lagi tapi yang penting kita yakin dengan kuasa Allah, kita akan diberi STRAIGHT A+. Insya-Allah Dengan Izin Allah.

p/s:Doa sekali Allah bagi kita keputusan yang DIBERKATI. AMIN

0 comments:

Post a Comment