23.3.11

First Thing...

Alhamdulillah.. akhirnya tamat mnunggu result spm...
semua keputusan telah pun diumumkan..
kpada yang straight a's..
congrats arr..

kpada yang lain.. jgn bersedih..
spm bkn sgala galanya..

hidup kat dunia ni masih panjang lagi..
jadi jgnlah kecewa dgn ape yg korang dapat..
smstinya itu ketentuan Allah..


tpi yg pling utama.. ukhwah kite selepas ni mesti kene lgi kuat..
walopun sume msuk u berlainan nanti..
jgn lupa kite ni ENIGMA!!!!!
HAHA..
jgn lupa cikgu, sekolah, dan kenangan kita sewaktu di intesaber...

bantu sekolah...
bina alumni yang hebat..

lagi satu..
aku inginkan ukhwah kite yg berterusan smpai di masa reunion
satu hari nanti..

akan jadi pengalaman gelak ketawa..
ada yang bawa bini...
anak...

masa itulah generasi baru dapat lihat betapa utuhnya tali persahabatan kite..

ni post pertama aku untuk enigma.. walopun Ziarah Hati dah dilupuskan..
insyaAllah.. enigma jadi pencerita untuk kita knang kenangan yang manis disamping
membimbing kita meneraju hidup di dunia ke akhirat dgn berjaya!!!!!!

salam...

17.3.11

Sebuah Entri Sarkastik SPM Oleh Si Hazim Sudin

Assaalamualaikum...

Wahh. Ni first time aku singgah menulis kat blog enigma. Yelahh, pasal aku sendiri yang buat muka tak malu mintak suruh dijadikan penulis dalam blog ni. Kalau nak tunggu korang jadikan aku penulis, hareemmmm....

Aku tengok budak-budak lain yang post kat sini macam takde motif je.HAHA. Laju je mulut aku mengutuk. Mulut macam air. Wuushh (bunyi air mengalir)....

Disebabkan blogger-blogger lain dalam blog ni cakap nak baik dan berlapik je, maka aku akan jadi orang yang cakap tak berapa nak baik. Well, you know me...

Sebuah entri sarkastik rekaan. Janganlah nak butthurt sangat!!

---------------------------------------------------


Beberapa bulan sebelum result SPM nak keluar...

Ermm... Rilek ahh duluu.. Lama lagiii result nak kuar tuh. Ada 2-3 bulan kot sebelum result nak kelaur tuh. Lepak satt...

Malam ni aku nak lepak kat mane ehh?? Nak lepak mamak ke nak pegi clubbing?? Aku dah cukup umur okehh nak pegi clubbing. Ingat aku ni budak sekolah ke?? Aku dah jadi BEKAS pelajar sekolah taww.. Lepak je ahh mana-mana. Janji kuar rumah...

Besok pagi...

Erkhh.. Subuh pagi ni burn lagi. Dah bape banyak kali dah aku tinggal subuh sejak dah habis sekolah ni. Tapi takpee... bukan ada warden pon nak kejut-kejutkan aku skang ni. Suka hati aku lah hidup aku. Hidup aku, aku lah yang tentukan!!


Beberapa minggu sebelum result SPM nak keluar...

Oishh.. Rasa cuak-cuak plak result dah nak kuar lagi seminggu dua ni. Agak-agak result aku cemerlang tak nanti??? Aku dah plan macam-macam dah ni untuk menyambung cita-cita aku.

Nak study kat oversea. Sambung belajar lak kat Universiti Ala Barat Yang Terkenal tuh. *Jari-jemari mmbuat gaya menghitung akan banyanknya cita-cita yang ingin dicapainya.*

Ehh ehhh.. Tapi tu cerita selepas seminggu dua lagi ahh. Ni aku nak stori pasal cerita skang. Skang aku sorang-sorang kat depan komputer ni. Apa lagi... Mai ahh kita usha video yang berwarna biru sepam dua. Result lambat lagii ni dohh...

Ohh Miyabi kesayanganku....

*Tangan membentuk gaya menggenggam dan menggenggam apa yang patut.*

------------------------------------------

Alah, ni baru siket benda-benda jahat yang KITA buat. Komfem kalau nak listkan benda-benda jahat yang pernah kita buat, list tu akan berterusan je. Takkan berhenti mungkin.

Sambung cerita...

------------------------------------------


Esok lusa result SPM dah nak keluar...

Woishh... Ni aku kena banyakkan berdoa ni untuk kecemerlangan masa depan aku. Orang kata lepas SPM ni memang kena banyak berdoa. Jadi aku patut ikut nasihat mereka. 


Alang-alang boleh lah aku baca Yassin skali. Barulah lagi berkat kan. Rasa-rasanya, kalau baca Al-Mulk macam kat sekolah dulu pon bagus. Barulah istiqamah segala ibadah yang aku buat dulu tuh.

Aishh... Camne lak aku boleh terlupa nak buat solat hajat ni?? Baik aku solat hajat. Aku pon dah lama tak buat solat hajat ni.

Ni boleh kira yang aku dah ikhtiar ni. Kata dah berusaha masa nak jawab SPM dulu. Ni kira tawakal lah ni.


On the way masa nak pergi amek result...


Ya Allah, mudahkanlah urusanku. Kau permudahkanlah aku untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan SPM aku ni ya Allah.. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah. Maka Kau bantulah aku ya Allah.


-------------------------------------------

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini??

Jangan ahh nak berdoa time kita susah je. Time senang plak buat ape?? 

Kita pon mesti tak suka jugak kan kalau kawan-kawan kita carik kita masa kita susah je enn..?? Samalah macam dalam situasi ni.

Okeh arr. Sampai sini je aku nak menulis. Sape-sape yang bosan dan takde keje tuh bolehlah datang ke....



p.s. kalau nak aku update lagi kat sini, silalah bayar aku. harharhar

p.p.s aku lebih suka kalau kau komen di SINI.

Keputusan SPM 23 MAC 2011

Secara rasminya diumumkan keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23 Mac 2011 ini bertempat di SBPI Sabak Bernam. Dengan tersiarnya berita ini diharapkan dapat menamatkan segala keluh kesah calon-calon SPM 2010 tentang tarikh sebenar keputusan SPM.


Semoga kita mendapat keputusan yang menjangkaui usaha kita.

STRAIGHT A+ SEMUA CALON SPM 2010 SBPISB! INSYA-ALLAH, YAKINLAH!!

Sumber: New Straits Time

16.3.11

Cara Nak PERGHHH! Kan lagi Penampilan Time Ambil Result SPM!

Hosh! Assalammualaikum w.b.t.! Salam Sejahtera kepada Semua Warga Enigma 0610! Dan tidak lupa juga kepada Guru-guru yang telah mendidik kami sewaktu sekecil-kecil cili api sehinggalah dah besar jadi serupa itu betul-betul macam api.

P/S : Bila jadi api ni kan, asal org cakap sikit, bagi nasihat je mesti nak melawan..

*Perghhhh! Starting bunyi macam dah gempak je entry kali ini...

Dan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera juga kepada Pembaca Setia Blog ini walaupun followersnya cuma ada 35 orang je..

Harharharhar! Monotonous, Blog Si Hazim Sudin dan ! Pijisketch pun lagi ramai!! Apetah lagi Hari2 Ku..

Harharhar! Kene bahan lagi si Muhd Syafiq! Just kidding okay! :))

Saya Boyak,

Tadi kebetulan Boyak terjumpa baju..

Yaaaa!! Baju apa mesti awak semua tak tahu kan? Kannn? Dan itulah tiba-tiba Boyak terniat dan bernekad yang Boyak nak bagi tahu awak-awak sekarang ini..

Stooopppp!! Choooppsss!! Kejapp! Kejapp!

PERHATIAN!
Jangan rasa janggal dengan entry kali ini..

*Boyak pun sambung menulis pula...

Boyak tadi terjumpa baju berkengan panjang, seluar panjang,
Tapi di belakang lain citer macam Monster!,
Cabut kening ada Tatu di balakang dia!
Pakai make-up, pakai lipstik punya tebal!
Macam MOMOK! Macam MOMOK!

Arggghhhhh! Ni malas ni! Asal coret je mesti nak campuradukkan dengan unsur-unsur dan elemen-elemen HIBURAN masa kini..

Almaklumlah..Boyak kan dah macam Ala-ala KOREA sikit dan terpengaruh pula dengan BIEBER FEVER..

Muaaaahhhh!!!  <3
Yekkkksss! Auuuuwwww!! *Boyak tersengih keseorangan

Ok! Tadi Boyak terjumpa baju berlengan panjang, kaler Meroon! Bukan Merong yer! Maklumlah sekarang ni awak-awak  mesti dah terpengaruh dgn citer Hikayat Merong Mahawangsa kan?? Alaaaa adik beradik Merong TITIwangsa, SETIAwangsa dan WangsaMAJU!


Harharharhar*Boyak rasa lawak sebab tu Boyak gelak sendiri. Tapi bagi awak semua tak tau laaa..-.-

Tadi Boyak kan..dia kan..jumpa Baju Batik Sekolah! *Cehhh! Macam budak tadika pulak!

Mesti dalam hati awak semua menyirapkan? Mesti dalam hati awak semua ada cakap camni kan?

"Cehhh! Ingat kot apalah tadi! Buat penat je baca!"

Kannn? Kann?

Boyak terjumpa pun sebab tadi tengah check-check dan fit in baju untuk keluar pergi SUNWAY PIRAMID esok..

Wheeeeeee~~Whaaaaaa~~

So, aku nak merayu pada hampa semua... *Cewaahh! Macam Fakhroul Rodzi pulak*

So, Boyak nak ajak awak semua pakat-pakat pakailah baju Batik Sekolah Kita.

Maksud saya Baju Batik Sekolah anda time ambil result SPM pada 23 March 2011 nanti..

Macam Dewan Bahasa dan Pustak (DBP) ada cakap..

"Bahasa Menunjukkan Bangsa"

Oleh itu lahirlah lagi "Bahasa Jiwa Bangsa"

Tapi itu DBP, bukannya Boyak

Boyak cakap macam ini...

"Baju Batik Melambangkan Sekolah"

Oleh itu lahirlah entry ini untuk dicoret dan postkan. Even dalam Monotonous juga.

Macam PK HEM sekolah saya iaitulah Tn. Haji Amir bin Berau bercakap camni dalam entry Hati-hatilah Anda!

"Datang sekolah jaga penampilan diri. urus diri baik2. Tak hensem macam ustaz tak apa tapi SMART"

Tapi awak semua janganlah terpengaruh dengan lagu "Baju Batik Melayu" nyayian Saloma, kalau tak silap Boyak lahh..

Bunyi lagu itu lebih kurang macam ini. Tapi ini cuma chorus saja..

Baju batik pakaian tradisional melayu,
Tapi sayangnya tak boleh pakai selalu. *ulang sampai lidah tergeliat :p


Okaylah! Senang ceritalah kan..

Cuba korang tengok gambar-gambar budak pakai Baju Batik Sekolah mereka..

Say bukan GAY!

Anda Fikir Mereka HOT?

Bagaimana dengan ini pula? HOT?

Apa pandang2 ada hutang?

Ceriang! Macam Kanak2 Ribena!

Amacam?  SMART tak???? Tolonglah cakap SMART ataupun SOMART ke...

Jadi macam mana? Terasa nak pakai tak?

Sekarangnya semuanya terserah di tangan anda..

Ada baju pakai, tiada baju jangan pakai..

Kalau nak bagi nama Batch awak semua tu dengar macam PERGHHH! je kan..

So, apa lagi? Buatlah Pembaharuan!

Senang citer macam ini jelah..

Kalau awak semua sayangkan sekolah awak, awak pakailah baju batik sekolah awak untuk meraikan hari yang penuh kegembiraan dan suka dan duka di sekolah anda nanti...

Sekian sahaja daripada Boyak! Assalammualaikum w.b.t! Salam Sejahtera!

Sekian, terima kasih!

Yang benar,
Boyak Bieber..:D

Kredit Foto: Profil Piji dan Arham

12.3.11

Hati-Hatilah Anda!

Hye! Eheeek! Ehemmm! Assalamualaikum w.b.t! Salam sejahtera kepada semua warga Batch Enigma 0610 dan tidak lupa juga kepada guru-guru dan makcik dan pakcik DM, dan Dobi. Abang Paie sekali pun boleh juga..tu pun kalau Abg. Paie baca lah...-.-'

Harharhar..

Okey, sekarang tak silap saya iaitulah tinggal lagi 11 hari saja untuk nak ambik keputusan SPM 2010.

Wheeeee~~~

Bila cakap pasal SPM atau PMR sahaja..

Chhhhoooppppss!!!  Sebelum itu, aku nak buka ceritalah...

Yela, bukan aku nak salahkan Qada' dan Qadar. Kadangkalau waktu2 nak PMR/SPM or waktu nak ambil result saja. Barulah, kita terdengar dan mendapat khabar sedih mengenai sahabat seperjuangan kita ini telah pergi ke rahmatullah.

Innalillah Wa Innalillahirojiun..

Bukan nak ungkit atau salahkan urusan Allah S.W.T...

Niat aku baik disini...

Yela, semenjak aku sekolah di SBP Integrasi Sabak Bernam ini. Dah, 4 atau 5 berita, iaitulah seorang dari setiap batch akan meninggal dunia..

Tak faham?

Senang citer aku buka cerita batch-batch lama..

PERHATIAN!!!

Sebelum itu, saya susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada batch-batch terdahulu dan ahli keluarga yang terlibat jika terdapat tersalah ejaan nama ataupun sebarang kalipun.
Batch SPM 2008, Arwah Hafizah Hasan telah pergi kerahmatullah sebelum mengambil Exam SPM 2008

Batch SPM 2009, Arwah Luqman Hakim Zamaloilaiy telah pergi kerahmatullah sebelum mengambil keputusan SMP 2009.

Batch PMR 2009, Arwah Zia-Ul Ikmal telah pergi kerahmutullah sebelum mengambil keputusan PMR 2009.

Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat kepada roh anda sekalian.. InsyaAllah!
Al-Fatihah....

Okey, sudah selesai apa yang saya nak jelaskan. Saya harap agar anda semua faham mengenai apa yang saya ingin perjelaskan dalam entry ini.

Dan saya, selaku ahli dan juga admin blog enigma ini berharap agar...sebelum itu...

Lihat watak-watak dalam gambar-gambar di bawah dahulu..

5  Taufik! Sains Agama! Tapi Perempuannya, Ya Rabbi!

5 Hidayah! Sains Agama!

5 Rahmah! Sains Tulen! Yang tengah berdiri tu kepala kelas nih!

5 Maghfirah! Sains Tulen! Gaya macam Sekolah Harian!

5 Syakirah! Sains Teknikal! Kalau korg pandai, kat mana saya?
Sudah tengok/ratap/teliti dengan betul-betul?

Okey, nak cepat cerita sebab saya dah mula mengantuk ini. Saya berharap agar watak-watak di dalam gambar2 di atas ini dapat jaga diri anda masing-masing supaya tali persahabatan kita akan sentiasa bersimpul mati.

Ini saya nak berikan pesanan kepada watak-watak di atas sinunn...
Pertama 1
Yang rempit-rempit tu, banyakkan la berzikir dan membaca doa semasa, ketika dan selepas menaiki kenderaan.

Kedua 2
Yang banyak ushar blue atau bahan pornografi tu, banyakanlah layari lawan web I LUV ISLAM atau ZAHARUDDIN.NET atau Tanyalah Ustaz pastu ramai-ramai follow Ustaz Zaki. KEJAR FOLLOWER! harharhar!

Ketiga 3
Yang banyak Blogging tu, sudahlah! Membazir masa saje tahu tak??! Pergilah buat Solat Hajat ke, Solat Istikharah untuk pemilihan bidang dalam melanjutkan pelajaran ke.

Keempat 4
Yang banyak kejar duit tu, jangan lupa ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara.

Kelima 5
senang ceritalah! Weyh! Korang jaga-jagalah diri masing-masing itu. Kalau sayangkan diri sendiri, jangan ah buat bende2 karut! Okey? Dengar tak?
Itu sahaja daripadaku. Sekian, terima kasih! Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera!

Yang Benar,
Justin Bieber :D

p/s: Cuba tekalah saya, kalau korg tahu saya siapa.

11.3.11

SPM Straight A+

Dah lama aku tak menulis dalam blog batch Enigma kita nih. Maklumlah lepas SPM ni macam-macam benda nak kena buat.

Tapi sekurang-kurangnya ada lah jugak aku menulis walaupun sedikit berbanding ada rakan-rakan kita yang lain yang langsung tak nak menulis. Gurau je....

Namun aku bersangka baik, mungkin masing-masing terlalu sibuk sehingga 24 jam yang dikurniakan Allah dalam sehari itu tidak mencukupi.

Ada yang kerja dari pagi ke malam, ada yang berkhidmat untuk negara tercinta, ada yang meneruskan pengajian, ada yang sibuk belajar memasak di rumah walaupun sekarang baru pandai memasak air namun itu pun satu progress yang baik, dan mungkin ada yang tak cukup masa asyik berusaha nak membina dan membentuk badan supaya mengikut peredaran zaman dan trend terkini.

Atas segala perkara, di sini aku nak mengingatkan satu perkara. Pesanan Ustaz Zaki, seorang ustaz paling sempoi yang pernah aku kenal.

Beliau pernah berpesan dalam kelas tambahan PSI kat Surau Asy-Syakirin dulu. Pesannya lebih kurang beginilah: Allah kalau nak bagi straight A tu, alah.. senang je. Yang penting kita kena YAKIN dengan Allah Yang Maha Kuasa.

Kebiasaan kita, memang kita berdoa, tidak kira dalam apa bahasa sekali pun, namun adakah kita bersungguh-sungguh mengharapkan kepada Allah untuk mengkabulkan doa kita itu??

Ramai antara kita hanya berdoa sebagai cukup syarat sahaja tapi dalam hati tak rasa apa-apa. Tidak mengharapkan Allah mengkabulkan doanya dan tidak ada perasaan yakin dalam hati bahawasanya Allah mampu mengkabulkan doa kita.


Jadi kesimpulannya, tinggal seminggu lagi ni sebelum keputusan SPM, maka marilah kita ubah uslub atau cara doa kita. Berdoalah supaya Allah memberi seluruh rakan-rakan kita keputusan SPM STRAIGHT A PLUS kesemuanya. Memang kita rasa mustahil tapi Allah itu Maha Kuasa dan yang penting kita kena yakin. Itu sahaja.

Tidak kiralah kita jawab soalan hari itu bukan main teruk lagi tapi yang penting kita yakin dengan kuasa Allah, kita akan diberi STRAIGHT A+. Insya-Allah Dengan Izin Allah.

p/s:Doa sekali Allah bagi kita keputusan yang DIBERKATI. AMIN

10.3.11

Bila Pijisketch Mengupdate Blog Enigma

Aku melihat jam handphoneku
Oh,
Sudah pukul 11.30pm,
Hari ni tinggal setengah jam lagi untuk aku hidup,
Hari baru akan tiba,
Tarikh nak keluar result pun dah dekat.

23/3/2011

Aku terkesima,
Lalu mencarut lembut,
Cilake,
Kemudian aku beristighfar,
Lalu menyesal.

Apakah persediaanku untuk menghadapi saat-saat ambik result,
Dahla aku ni stok studi last minute,
3 bulan dah abis sekolah,
Solat Hajat yang aku buat boleh kira ngan jari,
Solat yang aku tinggal dah tak boleh kira dengan jari.

Aku menangis,
Walaupun sebenarnya tak,
Saja nak tulis sebab nak bagi gimik,
Tapi serius,
Aku sedih.

Aku terkenang saat-saat 5 tahun aku sekolah di SBPISB,
Sekolahku yang tercinta,
Aku pernah cakap,
Orang first yang blah dari sekolah dulu after SPM,
Ialah orang yang meninggalkan kengkawan die.

Cilake kan ayatku nih,
Last-last aku gak yang first blah untuk dak2 Sains Teknikal,
Cam bab nyer perangai,
Dan yang last sekali blah,
Adalah orang orang yang kene tinggal ngan kengkawan die.. kuakuakua.

Aku berhenti menaip:
.
.
.
.
.
.
Apekedahal yang aku mengarut nih.

Apepun, aku doakan Batch ENIGMA a.k.a. Batch Paling Teruk nih sume dapat Straight A.
Amin.


Dicarut.. eh, coret oleh Pijisketch
Meh datang blog aku, harhar

LINK BLOG AKU

P/S: Yes! Berjaya aku update blog nih... huahuahua