31.12.11

2012 Yang Penuh Konspirasi

Semasa post ini ditulis, jam menunjukkan 8.11 pagi waktu Jordan. Suasana pagi tahun baru 2012 ini tenang, sunyi dan sepi menafikan pandangan sesetengah masyarakat yang bimbang, khuatir dan panik dengan kedatangan tahun 2012 yang begitu panas dilanda kontroversi.





Bermula dengan penayangan filem pencetus huru-hara, Filem 2012, pelbagai andaian dilontarkan dari sekecil-kecil bencana alam sehinggalah sebesar-besar The Judgement Day. Paling menyedihkan adalah isu-isu yang ditimbulkan telah dipercayai oleh mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.


Walaupun begitu, menarik juga kalau kita mengkaji sedikit tentang ramalan kaum Maya, punca sebenar teori kiamat 2012.


Ramalannya adalah seperti berikut:


Dalam kalender bangsa Maya yang sangat tersohor itu, diramalkan bahwa pada periode 1992-2012 bumi akan “dimurnikan”, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenal menguasai pengetahuan tentang ilmu falak yang khusus dan mendalam, sistem penanggalan yang sempurna, penghitungan perbintangan yang rumit serta metode pemikiran abstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan akurasi dari pada penanggalannya membuat orang takjub.

Nampak?

Faham?

Kalau pun kita ingin sangat mengikut ramalan tersebut, ikutlah secara hikmah dan membawa faedah. Ramalan tersebut jelas mengatakan yang akan berakhirnya peradaban manusia sekarang dan akan MUNCUL satu peradaban BARU.

Ramalan tersebut patut diambil pengajaran oleh kita sebagai orang Islam. Sampai bila kita mahu kekal dalam peradaban yang mana umat kita dipandang hina, jijik, dan jumud. Islam yang dibawa Rasulullah tidaklah begitu, tetapi setelah 1400 tahun macam-macam telah berubah, semuanya disebabkan kita, manusia yang gagal memahami asas-asas ajaran Islam yang suci lagi murni seperti mana mereka yang telah menyalahtafsirkan ramalan kaum Maya tadi.

Agama ini ibarat aliran air bukit yang turun ke lembah. Bermula dari puncak bukit, airnya suci dan bersih tetapi sepanjang perjalanannya ke lembah itu, diangkut sekali batu, pasir, dan pelbagai lagi elemen-elemen yang akhirnya apabila sampai di lembah airnya menjadi keruh.

Hanya satu cara untuk menjadikan air tadi kembali bersih, iaitu dengan menggunakan 'water-filter'. Islam juga ada filternya, Al-Quran dan As-Sunnah.

Sabda Nabi: Telah ku tinggalkan dua perkara yang jika engkau pegang dengannya nescaya kau tak akan sesat, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Akibat salah tafsir kedua-dua sumber ini oleh segelintir manusialah yang menyebabkan umat Islam dilanda satu zaman yang sangat gelap pada masa ini.

Islam itu bukanlah hanya aqidah dan ibadat, tetapi juga tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak dan kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang, serta toleransi dan kekuatan.

Kesimpulannya, melangkah ke tahun baru 2012 jangan kita bawa otak dan cara pemikiran kita yang lama. Gajet baru mesti dipadankan dengan aksesori yang baru. Baju baru pasti padan dengan seluar dan kasut baru. Rumah baru pasti indah dengan perabot baru. 

Ayuh, rakan-rakanku kita barukan pemikiran kita terhadap agama yang menjamin kita ke syurga Allah S.W.T. Pembaharuan pemikiran masyarakat Islam telah melanda dengan lebat di negara-negara maju di Barat. Tidakkah kita mahu menjadi seperti mereka? 8 tahun masa yang sangat singkat untuk kita menuju ke wawasan 2020. Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan di sini di mana lagi?

Bukankah di Malaysia, cara sambutan Tahun Baru juga diperBAHARUi. Gandingan Zizan dan Ust Azhar Idrus bukanlah sesuatu yang boleh kita jumpa tahun-tahun sebelum ini.

5.12.11

Kawan-kawan Kita di Obersea

China
 Mesir

Jordan

Antara wajah kawan-kawan kita di perantauan. Orang kata hidup di luar negara ni best.. 

Memang silap besarlah, bagi aku hidup di luar negara takdelah best mana. Lagi-lagi bila musim sejuk, MENGGIGIL! Jauh dengan keluarga, makanan dan budaya yang pelik2 dan ganjil, tiadanya bazar ramadhan @ pasar malam, masalah pertuturan, dipandang sinis oleh warga tempatan, menjadi target penjenayah, pencuri, pencabul, perompak, peragut,  dan berbagai lagi perkara yang tidak menyelesakan  berlaku bila tinggal di negara orang ni.

Tak best kan..

Maka untunglah mereka yang berada di Malaysia. Cubalah korang fikir betul-betul. Betapa banyaknya nikmat hidup di negara tanah tumpah darah kita. Walaupun memang aku tak nafikan kerajaan kita TERUK tapi at least adanya pihak pembangkang yang dapat mengawal keterukan kerajaan daripada menjadi lebih teruk.( Aku tak tipu)

Betullah peribahasa Melayu: Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri.

Semakin lama aku tinggal kat obersea ni semakin aku rasa kebenaran peribahasa tersebut tapi nak buat macam mana, aku dah ada kontrak dengan pihak tajaan. Maka terpaksalah aku menghabiskan sisa2 zaman universiti aku di perantauan.

Aku menulis makalah ini dari bumi Jordan. Kalau korang nak tahu, sebelah Jordan ni negara haram Israel. Bila-bila masa boleh bergaduh, cuma setakat ni Jordan terikat dengan perjanjian bersama pihak Israel. Tapi situasi kini sangat mencemaskan, dengan rusuhan yang berlaku di hampir kebanyakan negara Arab membayangkan pihak musuh Islam terutamanya Israel Laknatullah bersama negara sekutunya, Amerika tidak akan berdiam diri. Ni bukan konspirasi, ni betul-betul kejadian.

Aku harap kawan-kawan aku kat mana-mana pun korang berada, marilah sama-sama meneliti situasi yang berlaku di negara Arab ini dengan sepenuh perhatian dan paling kurang kita bertaubat. Sesungguhnya sesuatu yang besar akan berlaku dan kita kena bersiap sedia.

Apa yang akan berlaku?

Rasanya tak perlu dijawab kot, apa pun peristiwa besar yang akan berlaku di dunia, besar lagi peristiwa yang akan berlaku terhadap diri kita.

KEMATIAN!

Adakah kita bersedia untuk menghadapinya?? Ketika makalah ni ditulis, mayat seorang pelajar perubatan tahun 2 Malaysia yang menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Jordan telah selamat tiba di tanah air Malaysia dengan diiringi ayah tercinta. Adakah dia menyangka yang dia akan meninggal dulu sebelum ayahnya yang telah lanjut usia meninggal?

Pastinya TIDAK! Adakah kita tahu bila kita akan meninggal??

Pastinya TIDAK!

Adakah kita dapat kembali ke dunia untuk beramal soleh setelah diazab seksa oleh Allah nanti??

Pastinya TIDAK!

Sesungguhnya kematian itu lebih pasti berlaku daripada pastinya tahun depan tahun 2012.

Tak semestinya kita kena duduk mendekam kat dalam masjid je nak masuk syurga.. Fikir-fikirkanlah..

Saidina Ali R.A. berkata :

1. Dari sekian banyak nikmat dunia, cukuplah ISLAM sebagai nikmat bagimu
.
2. Dari sekian banyak kesibukan, cukuplah KETAATAN sebagai kesibukan bagimu.

3. Dari sekian banyak pelajaran, cukuplah KEMATIAN sebagai pelajaran bagimu.

Chill bro. Kalau korang sempat membaca makalah ni maksudnya korang masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang benar dan best ini. Akhir sekali aku nak minta supaya kawan-kawan Enigma yang budiman sekalian agar mendoakan keselamatan dan kecemerlangan kami di perantauan ini. Janganlah dengki sangat. Aku ulang: Bukannya best pon kat obersea!

Sekian, sayang korang! :D






26.10.11

~Amanahlah dengan ILMU~

Salam perjuangan kepada sahabat2 sekalian..harapnya warga ENIGMA berada dalam rahmat dan kasih sayangNya..Sebelum itu,,alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi dengan inayahNya dapat lagi tangan ini menaip,,mata ini mampu lagi melihat ciptaanNya,,telinga ini mampu lagi mendengar kalimah2Nya..tidak lupa juga kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,,kerana dengan berkat perjuangan baginda pada sutu ketika dahulu,,kita berjaya bergelar MUSLIM dan insyaAllah sebgai seorang MUKMIN,,

oklah..kembali pada topik asal,,AMANAHLA DENGAN ILMU,,mungkin ini sedikit perkongsian yang boleh kita jadikan panduan hidup kita,,InsyaAllah,,okla sebelum tue,,kte nak bglah beberapa situasi,,n harap korang semua dapat fikirkan la yea,,

ok..situasi 1 berkenaan pelajar A..

PELAJAR A nie sorang yang sangat hebat..otaknya memanglah tahap genius abis,ckapla subjek apa pun,,semuanya dalam kepala otak dye..cthnya,,ckapla pasal KIMIA,,dyela genius,,PHYSICS??ala bg dye kacang jer..ADD MATH??erm,,jgn ckap,,dye kira pkai jari,,B.ARAB??dye nie siap jd mentor lagi kat sahabat2 lain..PQS & PSI,,semuanya da dalam otak,,senang ckap pasal akademik nie,,dyela bolot semua..pelajar elit sekolah siap jadi anak kesayangan pengetua lagi..n tibala sampai keputusan SPM??mmglah dye semuanya straight A+..bukan cam kita2 nie..dye amik lbeh 20 subjek,,dan mmg sangat geniusla,,
sehinggalah..smpai ke UNIVERSITI yang terkemuka,,dye masih lagi terkenal dengan genius,,
Suatu hari..sedang dye sibuk menghadap lappy kesayangannya utk membuat assignment yang bertimbun,,tiba2 kedengaran azan di surau yang berdekatan,,ALLAHUAKBAR,,ALLAHUAKBAR....dan seraya dye berkata" adoyai,,azanlah pulak,,bnyak lagila kerja aku xsiap nie,,kalau aku pergi solat dulu,,surela xkan siap,,erm,,xpela tggula,,ala lagipun jap aje,,masa solat nie pnjang lagi,,,"..waktu pun terus berlalu,,dan dye terus berkata " xpe2,,kejap jer lagi,,nak siap dah nie,,dan belum lagi assignmentnye siap,,dia sudah terlelap dibuai mimpi yang sangat2 indah,,,SOLATNYE????wallahualam...

ok..1 lagi situasi,,PELAJAR B,,,
PELAJAR B nie juga xkurang hebatnye dari pelajar A,,,sangat2la pandai,,nak dijadikan cerita satu hari,,dye terjumpa seorang makcik nie kat stesen bas..dan berbuallah mereka,,

Makcik   : Assalamualaikum nak,,wah,,makcik nampak kamu nie seperti seorang pelajar U..kamu belajar  dimana??

Pelajar B : Wassalam makcik,,ha'aa saya belajar lagi..dekat UXXX..nape makcik??

Makcik   : Wah,,hebatnya kamu,,makcik teringin sangat nak tengok anak2 makcik nie hebat mcm            kamu,,belajar kat U yg terkemuka,,tp makcik xmampu nak,,anak2 makcik mengaji kat pondok         jer..tp makcik agak kecewala dengan kamu..kamu ni...


Pelajar B : (alamak pehal pulakla orang tua nie,,,ad yg xkena ngan aku ker??)
                nape dengan saya makcik,,??

Makcik   : pakaian kamu tue,,nak,jgn ikutkan trend zaman skrg,,budak zaman skrg nie bukannya taw tutup badan diorang tp balut badan,,sdey makcik nak,,kamu belajar tinggi2 nie,,ilmu kamu pun banyak,,tp pakaian kamu,,sdeh makcik tgok,,(belum sempat makcik tue habiskan kata2nya...)


Pelajar B  : da2 makcik!!stop2..makcik ingat saya nie dtg stesen nie nak dengar ceramah makcik ker??patutla    anak2 makcik xdpt masuk U mcm saya..mkcik tue yg kolot sgt,,dahla makcik,,nasihat jer kat org2    kampung makcik yer.....sye ad hal nie...

sahabat2,,boleh bayangkan x apa perasaan makcik tue??sdey??marah??kecewa??erm,,hanya makcik tuela yg dpt rasa

ok!berdasarkan 2 situasi yg kte bagi..dapat x apa sebenarnya yg ingin kte sampaikan,,okla utk situasi pertama,,xgunakan kalau kita ada ilmu banyak2,,stadi tahap nak pecah kepala,,result gempak gler2la,,tp solat kita??sahabat2..mari kita ingat balik,,kejayaan kita siapa yang bagi..?adakah sepenuhnya usaha kita??kalau betul la semuanya usaha kita,,kenapa kadangkala kita terfikir,,kawan aku lagi sungguh2 belajar,,tp result xdela gempak mana??ok utk jawpan itu,,ALLAHla,,yg memberi kejayaan kepada kita,,ALLAH sendiri berkata kun fayakun,,ok!cuba bayangkan yea PELAJAR A td gler punya stadi dye lambatkan solat..sedangkan dia tahu itu dah berdosa..tp dia khianat dengan ilmu dia,,kalau da solat pun xjaga,,al-Quran lagi la entah ke mana..bukankah solat tue tiang agama??dari darjah 1 lagi kita belajar kan,,teringat sabda Rasulullah S.AW,,
" TIADA IMAN bg mereka yang TIADA AMANAH dalam hatinya,,TIADA SOLAT bagi mereka yang TIDAK BERSUCI,,TIADA AGAMA bagi mereka yang TIDAK BERSOLAT." so,,fikir2kanlah..


ok untuk situsi ke2 pulak,sdeykan klau jd pelajar B(nauzubillaiminzalik),,belajar kat U terkemuka..tp sikapnya..dia telah mencuaikan amanah terhadap ilmunya,,mustahillah dia xtahu aurat2 sebagai seorang muslimah,,rasa2nya dari darjah 1 kot belajar??kadangkala manusia nie bukannya xtahu tp buat2 xtahu,,kadang2 mereka tahu mana dosa dan pahal,,tp sebab xnampak kan,,kadang2 mereka tahu jer batas2 syariat tp kenapa still langgar..tuela yg namanya khianat dengan ilmu,,tambahan pula pelajar B tadi yang kononnya sangat hebat sehingga nasihat makcik tue langsung xdiendahkan langsung,,dasyatkan,,isk2..

erm,,rasanya panjang lebar pulak,,rasa cam jd ustazah Balqis pulak,,haha..sejujurnya ini sekadar perkongsian buat sahabt2 dan juga diri ini yang sangat2 penuh dengan dosa,,Sahabat2,,ingatlah...
AMANAHLAH PADA ILMU KITA,,SESUNGGUHNYA TIADA AMANAH YANG LEBIH BESAR UNTUK DIJAGA MELAINKAN KITA BERAMAL DENGAN APA YANG KITA FAHAMI,,JANGAN SESEKALI MENSIA-SIAKAN ILMU YANG KITA ADA..
dan ingatlah andaikata suatu hari kita dilantik menjadi seorang doktor,peguam,perdana menteri yang berjaya,,engineer yg kaya raya,,n whatever,,ALLAH xkan tanye apa rahsia kejayaan kita diakhirat kelak tp perkara yang Allah akan persoalkan ialah bagaimana solat kita.??..bagaimana iman kita,,??dan sebagainya,,harap2nye janganlah sesekali kita KHIANAT DENGAN ILMU FARDU AIN yang kita belajar dari tadika lagi,,,
oklah,,setakat ini saje kot perkongsian yang dapat dikongsi..harap2nya ia sangat bermanfaat buat diri kita dan semua sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH,,segala silap salah semasa bicara harap diampunkan,,sesungguhnya kte seorang hamba yang lemah,,,,,,,,,,,,,

18.9.11

HARITH YANG BAIIIKK~



salam alaik~!! 

 kehkeh, keciaan aku tengok blog niiih. berhabuk tahap fuuuu. HAHA 
kehkeh, tajuk dia tadak apa maksod poon. muehehe



so guys, aku rasa 98% budak enigma niih dah start study dah kaan.

aku ada lagi few weeks. start klas 8th oct kot. tah. sooo, jom laah

inchik harith nak kasi tazkirah. wheee~ 



hahahaa. ingat laahh weehh, kat mana korang berada ponn. tak kesah laah dlam msia atapon abroad ke.

first and foremost pegang ah agama tuh kuat kuat. especially those yang akan further 

kat non muslim country . paling awal epul lah en, lusa ke beijing , china. 

 mcam aku post kat blog kelas aku,  bukan lah bermaksud

budak dlam mesia niih tayah jaga sangat agama tuh, cuma, 

disebabkan msia nih dikira a muslim country , halangan cam islamophobia ngan kapir harbi 

ciput je laah . but then we dont know what lies ahead kaan. so, pegang laah agama tuh kuat! 

kehkeh. 




secondly, hmmmmphh.. google lah sendiri. haha. bab atas niih besar gila sekop dia . 

jadiii, hang pa pikir lah sendiri. wheeee. 




lagu niih saje je...  aku nak post kat fb jee. tapii cian pulak tengok blog abandoned nii. 

jadi aku post sini. 





enjoyy laah~ best part dalam lagu niih 

~KU TAK SANGGUP KEHILANGANMU~

*eceewaaahh, moood takbetul niih.





so last skali, aku doakan kesejahteraan dan kejayaan kita bersama !  

good luck ah yang tengah minggu exam niih. haha. aku azam dot ngan ahmad goyang kaki lagii. 

wheee. all the best . shidda heilak! 

salam alaik :)  muah muah 

3.9.11

Selamat Berjuang!

Salam kepada semua sahabat2 warga ENIGMA,,
dan para pengunjung Blog Enigma,,
semoga kalian sentiasa diberkati olehNya,,
Sebenarnya entry ini ditulis khas untuk
sahabat2 ENIGMA yang akan melanjutkan pelajaran terutamnaya ke TIMUR TENGAH
yang akan pergi tidak lama lagi,,
tahniah dan selamat berjuang kami ucapkan,,
teringat pada lirik lagu nyanyian kumpulan BROTHERS,,
yang bertajuk Selamat Berjuang,,
begini lagunya...

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman-teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
Meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya
O ooo
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo
Tetapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Selamat berjuang sahabatku (sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan ku biar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita
O o ohooo ho o ohooo
Tajuk Nasyid : Selamat Berjuang
Artis : Brothers
Album : Teman Sejati

SELAMAT BERJUANG SAHABAT2KU,,,
TERUSKANLAH MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH,,
JANGAN SESEKALI TINGGALKAN PERINTAH ALLAH,,
JANGAN SESEKALI ALPA DAN LEKA..
INGATLAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH KALIAN,,
SEMOGA DENGAN ILMU YANG KALIAN PEROLEH..
DAPAT MEMBANTU AGAMA, BANGSA DAN NEGARA,,

KAMI WARGA ENIGMA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN
DI SANA,,,,INSYAALLAH,,


~semoga ukhuwah kita berkekalan..insyaAllah~

29.8.11

Pemergian di bulan SYAWAL

"Ya Allah!!!astaghfirullah...mimpi tu datang lagi...masuk hari ini kali ke-3 aku telah mimpi benda yang sama,,di mana aku melihat sahabat2ku,,sedang berkerumun dan menangis di suatu tempat yang lapang,,segera aku bangun dari tidur serta segera bersihkan diri,,lalu dengan penuh rasa kehambaan aku menunaikan solat tahajud..tidak ku lupakan untuk melakukan solat istikharah meminta petunjuk daripada Allah mengenai mimpi yang aku lalui,,aku amat bermohon kepada ILAHI agar daat selamatkan sahabat2ku,,sesungguhnya aku amat sayang pada mereka!

...........................................................

Allahuakabar,,Allahuakbar..Allahuakbar..Lailahaillahuwallahhuakbar..Allahuakbar walillahilhamd.. kedengaran takbir yang berkumandang di masjid berdekatan rumahku...tetiba hatiku sayu..sayu meninggalkan Ramadhan yang penuh mulia,,entah mengapa aku merasakan bahawa Ramadan kali ini amat bemakna dan amat berbeza dari tahun2 lepas sehingga sayang untuk aku meninggalkannya..namun umi sempat berpesan kepadaku..kalau raya kita xboleh sedih2 sebab raya itulah hari kemenangan dan tanda kesyukuran bagi orang Islam setelah berjaya menjalani latihan iman,,syukran umi!

Pada pagi Syawal yang penuh syahdu,aku bersama-sama kakak dan adik-adik mengikut abah ke masjid untuk sembahyang raya tanda syukur kepada Allah,,selepas itu,kami pulang ke rumah..sempat juga singgah ke kubur arwah tok nek dan nenek,,setibanya di rumah umi sambut kami dengan hidangan rendang,kek coklat dan sebangainya,,sedapnya!seusai makan aku melihat telefon bimbitku yang agak canggih..terpapar 12 mesej yang belum dibaca dan 8 panggilan yang tidak dijawab,,yaAllah baru aku teringat semalaman aku tidak melihat telefon bimbitku kerana terlalu sibuk menyiapkan persiapan bagi menyambut hari lebaran,,kepada sahabat2ku,,aku memohon maaf kerana tidak membalas mesej dan panggilan kalian,,dan antara banyak2 mesej,,satu mesej yang menarik perhatianku...

"ANGIN,,jika kau berhembus lembut melalui sahabatku ini,,
katakanlah kepadanya aku teman dia selamanya,,
AIR..jika kau mengalir di sisinya..
beritahulah padanya bahawa aku memohon maaf atas segalanya,,
BURUNG,,jika kau terbang melintasinya..sampaikanlah kataku ini kepadanya
"semoga kasih kita kekal hingga ke syurga walaupun hakikatnya kita akan berpisah,,
dan semoga Allah pertemukan kita pada Ramadan akan datang,,"
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..." 

syukran ya ukhti habibati atas mesej yang cukup bemakna,,entah mengapa bila aku membaca mesej itu tetiba hatiku sedih,,ketika sedang melayan perasaan tetiba telefon bimbitku berdering,,,,

"Assalamualaikum Qistina,weyh apa citer ko sekarang?lama xdengar kabar ko..manala ko menghilangkan diri selama nie..rindu taw"soal Laila bertalu-talu kepadaku,,
"Waalaikumussalam,,alhamdulillah Ila,,kte sihat jer,,hilang??mana ada kte wujud lgi nie ha..kte pon rindu gak kat ila ngan kwn2 yang lain.."
"Ha!Qis, nie nak bgtaw,,hari raya kelima nie ktorang nak buat konvoi ramai2 cadang nak g umah cikgu2,,kalau ko xkeberatan,,ktorang nak g umah ko sekali,,amacam?boleh ker?.."
"Eh..boleh jer,,mai la datang ramai2..boleh kte gosip sama2,,insyaAllah kte masak sedap2 utk korang..ramai ker,,budak laki join sekali ker?
"Orait..tue yg aku tunggu2 tue,,hihi,,ramai ar gak,,budak laki pon adela jugak,,,"
"ok2 no hal la,,papehal kompemkan balik kat kte erk.."
"ok2!nway,,SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN,,aku nak minta maaf kalau ada buat salah dan silap,,terkasar bahasa dan macam2la,mana taw takut sempat jumpa,"
"uish!!Ila nie,,mana boleh Ila dah janji nak datang rumah kte,,so Ila kena ade jugak,,oklah,,.kte pon sama,,nak ucap SELAMAT HARI RAYA juga...tiitt,,,,

 ...........................................................

3 SYAWAL...ya Allah,,mimpi itu datang lagi..kali ini mimpi yang amat2 menganggu fikranku..aku bermimpi bahawa kawan2 aku terlibat dalam kemalangan,,masing2 meninggalkan aku,,suasana sayu sangat2..umi dan abah memeluk aku dengan erat,,guru2 semua hadir dengan muka yang sedih,,,YA ALLAH..apa semua ini..aku berharap ini semua hanya mainan tidur aku....YA ALLAH!SELAMATKANLAH SAHABAT-SAHABATKU INI,,AKU MENYAYANGI MEREKA!!!!

5 SYAWAL..pagi2 lagi aku sudah bangun,,selepas menunaikan solat subuh,,aku terus bersihkan rumah walaupun rumahku sudah bersih,,..aku alihkan sofa2 di ruang tamu supaya ianya kelihatan lapang,,selepas itu aku membersihkan halaman rumah..aku menyapu daun2 kering yang gugur dan sempat menyiram pokok2 bunga umiku..Umiku memandang hairan ke arahku dan aku hanya mampu tersenyum ke arahnya,,
Kira2 pukul 10 pagi aku sudah memulakan operasi memasak bersama umi,,kami merancang untuk memasak yang paling istimewa buat sahabat2ku,,ketika aku sibuk di dapur..
"Assalamalaikum Qis,,jap ag ktorang sampai,,sekarang kat rumah Cikgu Siti nie,,da nak gerakla nie,,tggu taw!!!..
"ok!no problem.."

Setelah aku  tamat berbual dengan sahabatku,,umiku memanggil aku..

"Kak Ngah,tolong umi belikan gula,,habis pulak,,lupa nak suruh abah beli pagi tadi,,duit ambik kat atas TV..cepat sikit nanti kawan 2 nak datang,,,"
Ok Umi,,sebelum itu sempat aku salam dan cium tangan umi,,,umi hanya memandang hairan,,
"Hati-hati taw..pesan Umi,,"

Sedang dalam perjalanan ke kedai,,tiba2 aku terdengar sekumpulan memamnggil namaku dari belakang..entah macam mana boleh terserempak pula dengan sahabat2ku,,namun belum sempat aku pergi ke arah mereka tiba2.....

POOOOOOOOOOOOOOOOOOOOON!!!!!!!QISTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINAAAAAAAAAAAA!!!!!!!
dan duniaku terus gelap selamanya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

..........................................................

Innalillahiwainnailaihi roji'un,,,,Ya ALLAH rupa2nya mimpi selama ini adalah petanda bahawa aku yang akan meninggalkan sahabat2ku,,,bukan mereka yang meninggalkan aku,,sahabat2ku,,maafkan aku!!!sepatutnya 5 Syawal hari yang gembira buat kalian kerana  kta telah berjanji untuk bergosip sama2,berkongsi cerita,,makan hidangan yang istimewa,,namun apa yang kalian lalui ialah mendengar tangisan,bacaan al-Quran,,dan sebagainya,,maafkan aku,,aku nak kalian ketahui bahawa Allah amat berkuasa terhadap hambanya,,janganlah sesekali kalian mengingkarinya,,,

Dan sesungguhnya aku amat mengharap doa kudus dari kalian,,jangan lupa untuk sedekahkan al-Fatihah buat diriku,,doakan agar aku bahagia dan ditempatkan bersama-sama para anbiya' dan syuhada;,,

Disini aku juga ingin berpesan untuk kalian,,,,
HARGAILAH SETIAP DETIK MASA YANG ANDA LALUI KERANA SETIAP MASA ITU AMAT BERGUNA BUAT KALIAN..
SAMBUTLAH SETIAP KALI RAMADAN DENGAN PERASAAN YANG SANGAT GEMBIRA KERANA BULAN RAMADAN BULAN YANG DAPAT MENTARBIYAHKAN DIRI KITA SEMUA,,
SAMBUTLAH SYAWAL DENGAN GEMBIRA TETAPI BERSEDERHANALAH DENGANNYA,,
INGATLAH MASIHKAH ADA PELUANG UNTUK KALIAN MERASAINYA PADA MASA AKAN DATANG,,jadi sama2 lah kalian bermuhasabah diri dan tingkatkan keimanan untuk bertemu denganNYA,,,

  • Coretan diatas adalah rekaan semata2..maaflah jika ada kekurangan.tidak ada kena mengena sama ada yang hidup dan mati,,cuma dapat dijadikan pengajaran,,adakah masih ada peluang untuk kita bertemu pada ramadan akan datang,,jadi teruskanlah ibadah sahabat2 walaupun Ramadan telah pergi meninggalkan kita,,, 

Kepada semua AHLI ENIGMA...
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN,,
kte nak minta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja..
kepada sape2 yang nak konvoi tue,,berhatilah2 di jalan raya,,,,hihi..




P/S:Tanx to ADMIN blog ENIGMA terima kita jdi penulis kat blog enigma yang hebat ini,,sorila kalau ada kekurangan..lastly,kte dah tunaikan janji tp sorila lambat sikit.....
















 





















28.8.11

Sehari Sebelum Aidilfitri

Memandangkan blog kita ini telah lama ditinggalkan tanpa diusik dan di'update', maka dengan rasa penuh bertanggungjawab izinkan saya mencoretkan sedikit kata dan kalimah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang kurang 24 jam daripada masa kiriman ini dinukilkan.

Menjelangnya Hari Raya bermakna habisnya puasa dan habisnya puasa bermakna bebaslah syaitan-syaitan yang dirantai pada bulan penuh barakah ini. Maka dapat disimpulkan, menjelangnya raya maka muncullah syaitan. Nescaya hidup kita akan kembali seperti sebelum Ramadhan dulu. Dari teruk dalam bulan puasa menjadi lebih teruk dalam bulan-bulan biasa. Nauzu billah min zalik.

Tidak kurang ada juga yang merasakan hidup dia dalam bulan puasa dan bulan biasa sama sahaja. Maknanya syaitan diikat atau tidak, dia tetap melakukan maksiat yang sama. Maka ingatlah bahawa sesungguhnya diri kita jika begini adalah hamba nafsu diri sendiri.

Selain itu, ada golongan yang mungkin diri kita, yang dia menjadi lebih baik selepas Ramadhan. Diri yang begini boleh dianggap lulusan cemerlang madrasah Ramadhan. Sesuai dengan firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, dituntut ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang dituntut ke atas orang-orang terdahulu agar kamu bertakwa." Beruntunglah diri kita jika kita berada dalam golongan ini.

Tetapi ingatlah masih belum terlambat untuk berubah, esok atau mungkin boleh dikatakan hari ini (jam menunjukkan pukul 12.52 a.m) merupakan hari terakhir berpuasa, maka marilah kita melipatgandakan amalan kita hari ini!

Mungkin cara-cara di bawah boleh membantu kita menambah amalan di waktu-waktu terakhir ini:

  1. Selepas sahur daripada kembali ke kamar tidur, apa kata ke kamar mandi dan berwuduk. Kemudian solat tahajud dua rakaat dan berzikir beberapa minit sementara menunggu Subuh.
  2. Subuh berjemaah di masjid. Selama 28 hari Subuh gajah memanjang, apa kata hari terakhir ini kita gagahkan diri ke masjid yang cuma berada di sebelah rumah kita.
  3. Selepas Subuh, baca 2-3 ayat Quran. Ingin hebat lagi tambah sampai 2-3 muka atau mungkin boleh hingga 2-3 juzu'.
  4. Bantulah ibu kita membasuh pinggan yang digunakan masa sahur. Sejuk perut ibu kita.
  5. Duit yang kita biasa habiskan untuk beli tambah nilai telefon bimbit untuk mesej si dia, apa kata kita sedekahkan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid atau kepada mereka yang memerlukan yang kita jumpa di tepi jalan.
  6. Berjam-jam waktu yang biasa kita guna untuk lepak dan layan FB, apa kata luangkan 10 minit untuk solat dhuha dua rakaat.
  7. Kemudian, waktu yang berjam-jam juga yang kita guna untuk baca komik di laman internet atau sebagainya, alangkah indahnya kalau kita luangkan sekurang-kurangnya setengah jam sahaja untuk baca Al-Quran.
  8. Kalimah-kalimah mengarut dan mencarut yang keluar dari mulut kita, gantikanlah dengan zikir-zikir memuji-Nya dan berdoa sesungguhnya doa orang yang berpuasa makbul.
  9. Masa sebelum berbuka yang telah 28 hari kita habiskan dengan menunggu bodoh sambil merenung dan menghidu makanan, berdoalah kepada Allah hajat yang paling kita inginkan. Waktu ini waktu yang paling mustajab dan Insya-Allah termakbul.
Jomlah kita memanfaatkan hari terakhir di bulan yang penuh dengan barakah ini. Siapa tahu Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat kita. Alangkah ruginya jika dihabiskan kesemua 29 hari dengan aktiviti-aktiviti yang menambah dosa. Sekurang-kurangnya ada satu hari kita yang dimanfaatkan.

Sekurang-kurangnya hari ini menjadi hari untuk kita menambah pahala. Sesungguhnya setiap amalan fardhu di bulan puasa akan digandakan 70 kali pahala dan amalan sunat menjadi setaraf dengan amalan fardhu. Ruginya kalau tak direbut peluang ini. Insya-Allah.


15.5.11

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita


Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.


Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.





Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.



10.4.11

Bila Kita Melangkah Dewasa

9/4/2011

hari ni, sekalian ENIGMA akhirnya sah jadi ex-intersaber lepas majlis graduasi/konvokesyen kat sekolah, maybe kali terakhir kita akan jejakkan kaki kat sekolah


beberapa hari sebelum event tu start, sebahagian budak-budak Destinasi Bajet, Destinasi Mahal Cegampang, dan Takde Bajet buat gathering ramai-ramai yang sekepala sama lepak bersama-sama

hidup lepas alam sekolah lagi-lagi lepas keluar asrama memang nak enjoy habis, malam-malam lepak sampai pukul 3 pagi, buat macam-macam yang tak pernah dibuat, karaoke lagu rock kapak, babiQ! TERBOEK AH!


ramai yang niat nak datang event tu tanpa mak bapa diorang sebab nak jumpa member


ada juga yang rindu sekolah


ada juga hanya nak sijil semata-mata


apapun, aku nak tulis/lukis something

hargailah member kita sebaiknya


.
.
.
.
.
.
nak kaler sat
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sama tak, sama tak? hehe

3.4.11

Cemerlang Atau Tidak : : : ade Hikmahnye}}

Assalamu'alaikum warahamatulaah{jawab jgn xjwb ye,,,=p}

Entri kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan semua untuk melihat kembali SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2010,,mesti terpikir en,,,

"..wah!!Bio aku A+!!!hebat siot!!!.."
"..wah!! Ak xsgka dapat straight A!!!.."
"..ak hentam je Fizik nie,,tup,,tup dpt A...hebat gak.."

Itulah di antara kemungkinan luahan hati rakan-rakan EnIgma kita....

Tapi sebenarnya kawan-kawan sekalian,,
dalam kita mengecapi kejayaan...ade juga di antara rakan-rakan kita yang MUNGKIN FRUST ngan keputusan yang dyorg dapat(macam aku lah,,aku bukan dpt rezult bgos pun..)
Ade yang mengambil masa sehari tok lupakan rezult SPM,,ade yg x online,,yelah,,kawan2 sebuk nak taw rezult kita tp ezult kita xsehebat mana...

Ak ingt lagi kata2 sahabat aku yang aku sayang...huhu

"..din..ko jgn pikir sgt rezult ko tu,,,ko leh wat mcm2 ngan lupekan rezult tu..."
huhu,,thanx Jappar!!

betoi tu..tyme dye ckp mcm tu,,semangat ku terus bangkit maju tok MATRIKULASI....
yelah....SPM BUKAN SEGALA-GALANYA...

tapi INGAT RAKAN-RAKAN KU....
Dalam mengecapi KEJAYAAN DAN BEROLEH KEPUTUSAN X SEBERAPA,,
sebenarnya ALLAH ingin menguji kita..sama ada kita dapat TABAH/REDHA dengan ketentuan-NYa....dugaan namanya,,,

buat kawan2 yang cemerlang,,TAHNIAH,,dan teroskan usaha anda dalam arena PENDIDIKAN & PEKERJAAN kini yang banyak persaingan...doakan lah agar KEJAYAAN YANG ANDA PEROLEH BUKAN ISTIDRAJ...Kejayaan yang anda miliki itu merupakan AMANAH ALLAH AGAR DAPAT MEMBELA AGAMA ISLAM DI MANA-MANA SAHAJA....lebih2 lagi dunia akhir zaman kini,,,

buat golongan yang xcemerlang macam aku...TABAHKAN HATI DAN LUPAKAN JE,,,hehehe,,,xde maknenye nak ingt lame2 rezult tu,,leh je perform lagi kat matriks,,SCHOLAR PUN byk gak tok budak2 LEPAAN MATRIKULASI....

Jadi kesimpulannya:::Jangan segan2 nak datang HARI KECEMERLANGAN SBPISB 2010 9 April 2011 YE,,,HUHU...aku rindu nak jd photographer lagi & AKU RINDUKAN KAWN2 AKU!!!!(esp::Zuhairi Mazlan,Hafizuddin,Hanif Sopuan =])

~~~~sekian~~~~

23.3.11

First Thing...

Alhamdulillah.. akhirnya tamat mnunggu result spm...
semua keputusan telah pun diumumkan..
kpada yang straight a's..
congrats arr..

kpada yang lain.. jgn bersedih..
spm bkn sgala galanya..

hidup kat dunia ni masih panjang lagi..
jadi jgnlah kecewa dgn ape yg korang dapat..
smstinya itu ketentuan Allah..


tpi yg pling utama.. ukhwah kite selepas ni mesti kene lgi kuat..
walopun sume msuk u berlainan nanti..
jgn lupa kite ni ENIGMA!!!!!
HAHA..
jgn lupa cikgu, sekolah, dan kenangan kita sewaktu di intesaber...

bantu sekolah...
bina alumni yang hebat..

lagi satu..
aku inginkan ukhwah kite yg berterusan smpai di masa reunion
satu hari nanti..

akan jadi pengalaman gelak ketawa..
ada yang bawa bini...
anak...

masa itulah generasi baru dapat lihat betapa utuhnya tali persahabatan kite..

ni post pertama aku untuk enigma.. walopun Ziarah Hati dah dilupuskan..
insyaAllah.. enigma jadi pencerita untuk kita knang kenangan yang manis disamping
membimbing kita meneraju hidup di dunia ke akhirat dgn berjaya!!!!!!

salam...

17.3.11

Sebuah Entri Sarkastik SPM Oleh Si Hazim Sudin

Assaalamualaikum...

Wahh. Ni first time aku singgah menulis kat blog enigma. Yelahh, pasal aku sendiri yang buat muka tak malu mintak suruh dijadikan penulis dalam blog ni. Kalau nak tunggu korang jadikan aku penulis, hareemmmm....

Aku tengok budak-budak lain yang post kat sini macam takde motif je.HAHA. Laju je mulut aku mengutuk. Mulut macam air. Wuushh (bunyi air mengalir)....

Disebabkan blogger-blogger lain dalam blog ni cakap nak baik dan berlapik je, maka aku akan jadi orang yang cakap tak berapa nak baik. Well, you know me...

Sebuah entri sarkastik rekaan. Janganlah nak butthurt sangat!!

---------------------------------------------------


Beberapa bulan sebelum result SPM nak keluar...

Ermm... Rilek ahh duluu.. Lama lagiii result nak kuar tuh. Ada 2-3 bulan kot sebelum result nak kelaur tuh. Lepak satt...

Malam ni aku nak lepak kat mane ehh?? Nak lepak mamak ke nak pegi clubbing?? Aku dah cukup umur okehh nak pegi clubbing. Ingat aku ni budak sekolah ke?? Aku dah jadi BEKAS pelajar sekolah taww.. Lepak je ahh mana-mana. Janji kuar rumah...

Besok pagi...

Erkhh.. Subuh pagi ni burn lagi. Dah bape banyak kali dah aku tinggal subuh sejak dah habis sekolah ni. Tapi takpee... bukan ada warden pon nak kejut-kejutkan aku skang ni. Suka hati aku lah hidup aku. Hidup aku, aku lah yang tentukan!!


Beberapa minggu sebelum result SPM nak keluar...

Oishh.. Rasa cuak-cuak plak result dah nak kuar lagi seminggu dua ni. Agak-agak result aku cemerlang tak nanti??? Aku dah plan macam-macam dah ni untuk menyambung cita-cita aku.

Nak study kat oversea. Sambung belajar lak kat Universiti Ala Barat Yang Terkenal tuh. *Jari-jemari mmbuat gaya menghitung akan banyanknya cita-cita yang ingin dicapainya.*

Ehh ehhh.. Tapi tu cerita selepas seminggu dua lagi ahh. Ni aku nak stori pasal cerita skang. Skang aku sorang-sorang kat depan komputer ni. Apa lagi... Mai ahh kita usha video yang berwarna biru sepam dua. Result lambat lagii ni dohh...

Ohh Miyabi kesayanganku....

*Tangan membentuk gaya menggenggam dan menggenggam apa yang patut.*

------------------------------------------

Alah, ni baru siket benda-benda jahat yang KITA buat. Komfem kalau nak listkan benda-benda jahat yang pernah kita buat, list tu akan berterusan je. Takkan berhenti mungkin.

Sambung cerita...

------------------------------------------


Esok lusa result SPM dah nak keluar...

Woishh... Ni aku kena banyakkan berdoa ni untuk kecemerlangan masa depan aku. Orang kata lepas SPM ni memang kena banyak berdoa. Jadi aku patut ikut nasihat mereka. 


Alang-alang boleh lah aku baca Yassin skali. Barulah lagi berkat kan. Rasa-rasanya, kalau baca Al-Mulk macam kat sekolah dulu pon bagus. Barulah istiqamah segala ibadah yang aku buat dulu tuh.

Aishh... Camne lak aku boleh terlupa nak buat solat hajat ni?? Baik aku solat hajat. Aku pon dah lama tak buat solat hajat ni.

Ni boleh kira yang aku dah ikhtiar ni. Kata dah berusaha masa nak jawab SPM dulu. Ni kira tawakal lah ni.


On the way masa nak pergi amek result...


Ya Allah, mudahkanlah urusanku. Kau permudahkanlah aku untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan SPM aku ni ya Allah.. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah. Maka Kau bantulah aku ya Allah.


-------------------------------------------

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini??

Jangan ahh nak berdoa time kita susah je. Time senang plak buat ape?? 

Kita pon mesti tak suka jugak kan kalau kawan-kawan kita carik kita masa kita susah je enn..?? Samalah macam dalam situasi ni.

Okeh arr. Sampai sini je aku nak menulis. Sape-sape yang bosan dan takde keje tuh bolehlah datang ke....



p.s. kalau nak aku update lagi kat sini, silalah bayar aku. harharhar

p.p.s aku lebih suka kalau kau komen di SINI.

Keputusan SPM 23 MAC 2011

Secara rasminya diumumkan keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23 Mac 2011 ini bertempat di SBPI Sabak Bernam. Dengan tersiarnya berita ini diharapkan dapat menamatkan segala keluh kesah calon-calon SPM 2010 tentang tarikh sebenar keputusan SPM.


Semoga kita mendapat keputusan yang menjangkaui usaha kita.

STRAIGHT A+ SEMUA CALON SPM 2010 SBPISB! INSYA-ALLAH, YAKINLAH!!

Sumber: New Straits Time

16.3.11

Cara Nak PERGHHH! Kan lagi Penampilan Time Ambil Result SPM!

Hosh! Assalammualaikum w.b.t.! Salam Sejahtera kepada Semua Warga Enigma 0610! Dan tidak lupa juga kepada Guru-guru yang telah mendidik kami sewaktu sekecil-kecil cili api sehinggalah dah besar jadi serupa itu betul-betul macam api.

P/S : Bila jadi api ni kan, asal org cakap sikit, bagi nasihat je mesti nak melawan..

*Perghhhh! Starting bunyi macam dah gempak je entry kali ini...

Dan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera juga kepada Pembaca Setia Blog ini walaupun followersnya cuma ada 35 orang je..

Harharharhar! Monotonous, Blog Si Hazim Sudin dan ! Pijisketch pun lagi ramai!! Apetah lagi Hari2 Ku..

Harharhar! Kene bahan lagi si Muhd Syafiq! Just kidding okay! :))

Saya Boyak,

Tadi kebetulan Boyak terjumpa baju..

Yaaaa!! Baju apa mesti awak semua tak tahu kan? Kannn? Dan itulah tiba-tiba Boyak terniat dan bernekad yang Boyak nak bagi tahu awak-awak sekarang ini..

Stooopppp!! Choooppsss!! Kejapp! Kejapp!

PERHATIAN!
Jangan rasa janggal dengan entry kali ini..

*Boyak pun sambung menulis pula...

Boyak tadi terjumpa baju berkengan panjang, seluar panjang,
Tapi di belakang lain citer macam Monster!,
Cabut kening ada Tatu di balakang dia!
Pakai make-up, pakai lipstik punya tebal!
Macam MOMOK! Macam MOMOK!

Arggghhhhh! Ni malas ni! Asal coret je mesti nak campuradukkan dengan unsur-unsur dan elemen-elemen HIBURAN masa kini..

Almaklumlah..Boyak kan dah macam Ala-ala KOREA sikit dan terpengaruh pula dengan BIEBER FEVER..

Muaaaahhhh!!!  <3
Yekkkksss! Auuuuwwww!! *Boyak tersengih keseorangan

Ok! Tadi Boyak terjumpa baju berlengan panjang, kaler Meroon! Bukan Merong yer! Maklumlah sekarang ni awak-awak  mesti dah terpengaruh dgn citer Hikayat Merong Mahawangsa kan?? Alaaaa adik beradik Merong TITIwangsa, SETIAwangsa dan WangsaMAJU!


Harharharhar*Boyak rasa lawak sebab tu Boyak gelak sendiri. Tapi bagi awak semua tak tau laaa..-.-

Tadi Boyak kan..dia kan..jumpa Baju Batik Sekolah! *Cehhh! Macam budak tadika pulak!

Mesti dalam hati awak semua menyirapkan? Mesti dalam hati awak semua ada cakap camni kan?

"Cehhh! Ingat kot apalah tadi! Buat penat je baca!"

Kannn? Kann?

Boyak terjumpa pun sebab tadi tengah check-check dan fit in baju untuk keluar pergi SUNWAY PIRAMID esok..

Wheeeeeee~~Whaaaaaa~~

So, aku nak merayu pada hampa semua... *Cewaahh! Macam Fakhroul Rodzi pulak*

So, Boyak nak ajak awak semua pakat-pakat pakailah baju Batik Sekolah Kita.

Maksud saya Baju Batik Sekolah anda time ambil result SPM pada 23 March 2011 nanti..

Macam Dewan Bahasa dan Pustak (DBP) ada cakap..

"Bahasa Menunjukkan Bangsa"

Oleh itu lahirlah lagi "Bahasa Jiwa Bangsa"

Tapi itu DBP, bukannya Boyak

Boyak cakap macam ini...

"Baju Batik Melambangkan Sekolah"

Oleh itu lahirlah entry ini untuk dicoret dan postkan. Even dalam Monotonous juga.

Macam PK HEM sekolah saya iaitulah Tn. Haji Amir bin Berau bercakap camni dalam entry Hati-hatilah Anda!

"Datang sekolah jaga penampilan diri. urus diri baik2. Tak hensem macam ustaz tak apa tapi SMART"

Tapi awak semua janganlah terpengaruh dengan lagu "Baju Batik Melayu" nyayian Saloma, kalau tak silap Boyak lahh..

Bunyi lagu itu lebih kurang macam ini. Tapi ini cuma chorus saja..

Baju batik pakaian tradisional melayu,
Tapi sayangnya tak boleh pakai selalu. *ulang sampai lidah tergeliat :p


Okaylah! Senang ceritalah kan..

Cuba korang tengok gambar-gambar budak pakai Baju Batik Sekolah mereka..

Say bukan GAY!

Anda Fikir Mereka HOT?

Bagaimana dengan ini pula? HOT?

Apa pandang2 ada hutang?

Ceriang! Macam Kanak2 Ribena!

Amacam?  SMART tak???? Tolonglah cakap SMART ataupun SOMART ke...

Jadi macam mana? Terasa nak pakai tak?

Sekarangnya semuanya terserah di tangan anda..

Ada baju pakai, tiada baju jangan pakai..

Kalau nak bagi nama Batch awak semua tu dengar macam PERGHHH! je kan..

So, apa lagi? Buatlah Pembaharuan!

Senang citer macam ini jelah..

Kalau awak semua sayangkan sekolah awak, awak pakailah baju batik sekolah awak untuk meraikan hari yang penuh kegembiraan dan suka dan duka di sekolah anda nanti...

Sekian sahaja daripada Boyak! Assalammualaikum w.b.t! Salam Sejahtera!

Sekian, terima kasih!

Yang benar,
Boyak Bieber..:D

Kredit Foto: Profil Piji dan Arham

12.3.11

Hati-Hatilah Anda!

Hye! Eheeek! Ehemmm! Assalamualaikum w.b.t! Salam sejahtera kepada semua warga Batch Enigma 0610 dan tidak lupa juga kepada guru-guru dan makcik dan pakcik DM, dan Dobi. Abang Paie sekali pun boleh juga..tu pun kalau Abg. Paie baca lah...-.-'

Harharhar..

Okey, sekarang tak silap saya iaitulah tinggal lagi 11 hari saja untuk nak ambik keputusan SPM 2010.

Wheeeee~~~

Bila cakap pasal SPM atau PMR sahaja..

Chhhhoooppppss!!!  Sebelum itu, aku nak buka ceritalah...

Yela, bukan aku nak salahkan Qada' dan Qadar. Kadangkalau waktu2 nak PMR/SPM or waktu nak ambil result saja. Barulah, kita terdengar dan mendapat khabar sedih mengenai sahabat seperjuangan kita ini telah pergi ke rahmatullah.

Innalillah Wa Innalillahirojiun..

Bukan nak ungkit atau salahkan urusan Allah S.W.T...

Niat aku baik disini...

Yela, semenjak aku sekolah di SBP Integrasi Sabak Bernam ini. Dah, 4 atau 5 berita, iaitulah seorang dari setiap batch akan meninggal dunia..

Tak faham?

Senang citer aku buka cerita batch-batch lama..

PERHATIAN!!!

Sebelum itu, saya susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada batch-batch terdahulu dan ahli keluarga yang terlibat jika terdapat tersalah ejaan nama ataupun sebarang kalipun.
Batch SPM 2008, Arwah Hafizah Hasan telah pergi kerahmatullah sebelum mengambil Exam SPM 2008

Batch SPM 2009, Arwah Luqman Hakim Zamaloilaiy telah pergi kerahmatullah sebelum mengambil keputusan SMP 2009.

Batch PMR 2009, Arwah Zia-Ul Ikmal telah pergi kerahmutullah sebelum mengambil keputusan PMR 2009.

Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat kepada roh anda sekalian.. InsyaAllah!
Al-Fatihah....

Okey, sudah selesai apa yang saya nak jelaskan. Saya harap agar anda semua faham mengenai apa yang saya ingin perjelaskan dalam entry ini.

Dan saya, selaku ahli dan juga admin blog enigma ini berharap agar...sebelum itu...

Lihat watak-watak dalam gambar-gambar di bawah dahulu..

5  Taufik! Sains Agama! Tapi Perempuannya, Ya Rabbi!

5 Hidayah! Sains Agama!

5 Rahmah! Sains Tulen! Yang tengah berdiri tu kepala kelas nih!

5 Maghfirah! Sains Tulen! Gaya macam Sekolah Harian!

5 Syakirah! Sains Teknikal! Kalau korg pandai, kat mana saya?
Sudah tengok/ratap/teliti dengan betul-betul?

Okey, nak cepat cerita sebab saya dah mula mengantuk ini. Saya berharap agar watak-watak di dalam gambar2 di atas ini dapat jaga diri anda masing-masing supaya tali persahabatan kita akan sentiasa bersimpul mati.

Ini saya nak berikan pesanan kepada watak-watak di atas sinunn...
Pertama 1
Yang rempit-rempit tu, banyakkan la berzikir dan membaca doa semasa, ketika dan selepas menaiki kenderaan.

Kedua 2
Yang banyak ushar blue atau bahan pornografi tu, banyakanlah layari lawan web I LUV ISLAM atau ZAHARUDDIN.NET atau Tanyalah Ustaz pastu ramai-ramai follow Ustaz Zaki. KEJAR FOLLOWER! harharhar!

Ketiga 3
Yang banyak Blogging tu, sudahlah! Membazir masa saje tahu tak??! Pergilah buat Solat Hajat ke, Solat Istikharah untuk pemilihan bidang dalam melanjutkan pelajaran ke.

Keempat 4
Yang banyak kejar duit tu, jangan lupa ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara.

Kelima 5
senang ceritalah! Weyh! Korang jaga-jagalah diri masing-masing itu. Kalau sayangkan diri sendiri, jangan ah buat bende2 karut! Okey? Dengar tak?
Itu sahaja daripadaku. Sekian, terima kasih! Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera!

Yang Benar,
Justin Bieber :D

p/s: Cuba tekalah saya, kalau korg tahu saya siapa.