27.12.10

Suatu ketika di subuh yang hening....






ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

Ape khabar semua??Semoga kita semua sihat walafiat di samping keluarga tersayang...maklumlah..sudah hampir 2 minggu kita semua(enigma06-10) meninggalkan persekitaran sekolah mahupun asrama..masih segar dalam ingtan ini..apabila bangun sahaja teringatkan siren asrama yang baru sahaja dibaiki pada akhir tahun 2010...bunyinya yang mengasyikkan pada waktu pagi membuatkan aspura mahupun aspuri tidak lena untuk meneruskan mainan syaitan...sekiranya tiada siren pun..kita masih ada insan yang menunaikan amanah sebagai seorang muslim terhadap muslim yang lain iaitu mengejutkan sahabat-sahabatnya untuk menunaikan solat..kebiasaannya golongan kaum Adam yang liat untuk dikejutkan..bila dikejutkan..tidur semula..tidak pun bangun tetapi bergerak ke dorm yang lain..hahha..sungguh manis jika diingatkan semula memori waktu subuh di sbpi sabak bernam..

Di Aspura..kita ada Ustaz Amir untuk emngejutkan kaum muda..yang sering kali dibantu oleh Hanif Khairuddin dan Ibahim Murad..tidaklupa juga barisan Badar dan Pengawas yang juga sekali-sekala mengejutkan kawan-kawan yang lain..mungkin di Aspuri lain pula..mustahil sekali kaum Hawa ini bangun dengan sendirinya..disini lah kita dapat lihat saudari Zalikha Zainuddin dan Hidayani menjalankan tugas..mengejutkan kawan-kawan..(entah-entah..orang lain kot..hehehe..)

Seusai mandi..rasa sejuk angin sabak bernam terus hinggap pada badan individu yang ikhlas bangun kerana ingin menunaikan solat Fardhu subuh..hmmm...seronok pula bila teringat akan kerja membina kolam hasil kewangan sedekah daripada Allahyarham Luqman..alhamdulillah tidak sampai setahun..kolam yang diinginkan oleh setiap pelajar lelaki terutama barisan enigma 06-10 akhirnya siap dibina dan digunakan...
tidak perlu lagi petang-petang berebut masuk ke tandas dan tiada alasan lagi lambat sekiranya ramai didalam tandas..sebab Kolam sudah terbina..kemudahan yang satu-satunya unik di Sbpisbb..tetapi jadi juga isu ini dibawa oleh Hanif Khairuddin dalam Kuliah Pelajar yang sering menjadi igauan setiap pelajar dimana pelajar-pelajar akan dipanggil secara tiba-tiba..bagi pelajar tingkatan 5..as senior doorang boleh keluar sesuka hati dari surau walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacar kuliah...(AMARAN:jangan ikut tabiat ini..)

Apa yang dikatakan oleh Hanif??
hhmmm...tidak salah saya..begini..apa yang mahu dikatakan olehnya sebagai Timbalan Presiden BADAR ialah penggunaan kolam seharusnya mengikut syariat..bukan ape..seringkali si hanif melihat rakan-rakan mahupun adik-adik junior mandi seolah-olah tidak memakai seurat benang pun..(maksudnye..tidak mentup aurat..)bukan marah sebarangan tetapi itu merupakan perkara yang wajib kita jaga..AURAT..merupakan amanah daripada Allah kepada kita...maka jagalah sebaik yang mungkin..buka mata luas-luas..kita lihat di Sunway,Times Square,persekitaran Billion Sabak Bernam mahupun dimana-mana..ramai individu masih mengambil ringan tentang aurat masing-masing...renungkanlah hadis ini..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda: �Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.� (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1318-menutup-aurat-itu-seksi-.html
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1551

hmmm...kita berbalik pada tajuk cerita..hehehe..

Solat subuh yang diimamkan oleh Saudara Azizuddin sangat ditunggu-tunggu oleh para jemaah..memag diakui oleh saya, suara lunak Azizuddin mampu menghadirkan rasa khusyuk ketika solat walaupun subuh hanya 2 rakaat..azan yang dilaungkan oleh saudara Syafiq Izzat mahupun Nizar Amsyar(f3) amat merdu sekaligus menarik perhatian para jemaah sbpi untuk menunaikan solat...

seawal 7.10 pagi..kebanyakan pelajar sudah mengahdiri tapak perhimpunan..namun senior2 masih lenggang kangkung berjalan ke tapak perhimpunan..sekiranya bernasib malang..hurmmm..alamatnya ditahan oleh barisan Pengawas(yang diketuai Saudara Akhiar Khalil)..hahha..namun ada juga lasan yang diterima...hurmmm...barisan Ketua Dorm (diketuai Saudara 'Atik Norudin) tidak dikenkan apa-apa..sekaligus terlepas daripada ditahan oleh pengawas..minta maaf la kepada barisan BADAR(diketuai Saudara Ibrahim Murad),pengawas pusat sumber(diketuai Saudara Hafidzee) dan pembimbing rakan sebaya(diketuai Saudara Faiq Razali)..anda tetap akan ditahan!!!hahaha...

Sejurus kemudian,,perjuangan pun bermula..yang SPM tetap belajar kerana SPM...fokus tetap fokus walaupun seringkali di ancam gangguan syaitan yang direjam untuk hanyut dalam tidur yang lena...apa-apa pun saya disini wakil enigma mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para pelajar tingkatan 3 yang cemerlang mendapat 9A dalam PMR 2010..(www.arab2u.blospot.com)..bagi yang tidak berjaya jangan kecewa..SPM masih ada..ada lagi peperiksaan yang perlu anda buktikan..

waktu rehat pun tiba..perut seakan-akan dipanggil oleh Brother Saipol bersama Mak cik Fauziah...hahha..teringat pula kisah kantin diserbu pihak kesihatan..habis-habis kantin mendapat gred C..dewan makan pula dapat gred A..(tahniah Pak cik Zul..sedap makanan jamuan!!)tup..tup..tup..naik pula kes penipuan duit kertas dan isu ulat dalam makanan...habis terus kantin diboikot..koperasi pula mencapai 'zaman kemuncaknya' hehehe...ada pula yang mengambil peluang ini untuk berpuasa...bagus...
tetapi itu cerita dahulu...sekarang..rehat tetap rehat..ada yang pergi menjamu selera, ada yang menunaikan solat dhuha mahupun isyraq dan ada juga yang meneruskan tidurnya serta meneruskan ulangkaji pelajaran..sejak akhir-akhir dekatnya SPM dan PMR..ada juga individu yang baru tersedar akan kepentingan solat dhuha walaupun ia hanya sunat sahaja...klik link dibawah...

http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm

hmmm..tiba waktu tengahari...perut masih kosong...Dewan makan tempat yang dituju...kemudian singgah di asrama dan terus ke surau menunaikan solat fardhu zuhur...teringat pula,,,,pernah Cikgu Hasfarina mengejutkan kaum Adam ketika waktu prep hampir tiba...terkejut dibuatnya..hahha...waktu prep petang tetap diteruskan walaupun masih mengantuk..

Waktu riadah pun tiba apabila usai solat asar,al-ma'thurat,t'alim dan yasin..waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar...hahha...jika diimbas kembali di dorm Said Zaid..anak buah yang paling disayangi Senior dorm tersebut..Aiman Abdul Mateen..hahha..dia sering kali berlatih main ragbi bersama-sama kawan-kawan..pulang sahaja daripada sesi latihan..pasti-pastinya dikejar 2 kali pusingan asrama..bukan mahu menyeksa tetapi mahu menguruskan badan nya..yelah..nak jadi macam abg Zuhairi mestilah kurus dulu..baru boleh lari laju..hahha(teringat kuartet 4x100m rumah Helium yang johan Hari Sukan 2010-apisz,nuruddin,fitri aiman a.k.a. mantong/stong dan zuhairi..hahha)

waktu malam pun tiba..dewan makan terus dipenuhi oleh pelajar-pelajar..semuanya pakat lapor..hahha..(teringat mak cik-mak cik dewan makan dan brother faris..haha..sedap kan mak cik saya masak mee..hahha..khas untuk kawan-kawan tingkatan 5)..tetapi yang menjadi igauan ialah suara para warden yang bertugas..(cikgu Asfarina,Teacher Huda,Ustaz Amir,Ustaz Kamal,Cikgu Hishamuddin dan lain-lain lagi..)...haha..lambat nasiblah!!!

waktu prep terus diselubungi keheningan dan kesunyian lebih-lebih lagi SPM dan PMR tinggal beberapa minggu sahaja lagi..seusai solat isyak, gerai mak cik fauziah dan mak cik lela terus penuh..kadang-kala stok jualan habis awal...yelah kadang-kadang minum malam kuih-muih je..apa-apa pun sepatutnya kita patut bersyukur dengan apa yang ada...ingatlah sahabat-sahabat kita di Palestin ye...
sejurus Al-Mulk dibaca..semua dorm gelap...waktu untuk TIDUR!!tetapi bukan untuk pelajar tingkatan 5 yang masih meneruskan ulangkaji pada waktu malam..seringkali ada yang tidak tidur malam...semuanya hanyalah mahu buat yang terbaik untuk SPM..insya-allah kita semua berjayaa....ammiinn...

NASIHAT: APA-APA PUN TERJADI..SUSAH ATAU SENANG SPM YANG DAH BERLALU..TERUSKANLAH BERDOA..SEKIRANYA MAMPU TUNAIKAN LAH QIYAMULLALIL DAN SOLAT HAJAT SERTA DHUHA..BANYAK-BANYAKKAN BERDOA..KADANG-KALA KITA TIDAK TAHU HATI DAN SITUASI PEMERIKSA KERTAS JAWAPAN..UNTUK MAKLUMAN AYAH DAN IBU SAUDARA SAYA PEMERIKSA..AL-MAKLUMLAH...DAH TENGOK KERTAS TASAWWUR...PENDIDAKAN ISLAM JE YANG TIDAK SEMPAT TENGOK..I=DIINGATKAN JANGAN BUAT PERKARA-PERKARA MUNGKAR YE..JAGALAH HATI ORANG-ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA..JAGALAH HUBUNGAN DENGAN MANUSIA DAN DENGAN ALLAH...

WALLAHU'ALAM...-alhamdulillah...:-)-

3 comments:

faiza amira said...

huhu..besh2!!

Faris said...

byk gler ang tlis... bguss... harap2 x stop r ye....

aKiRa LiL said...

kotak kat dataran tu agak2 ade lagi ke x hah??
lupe nak sign la kat situ... :p

Post a Comment