17.12.10

Blog KITA

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku untuk terus hidup untuk menyiapkan amanah ketua batch kita, Saudara Asyiq Warno iaitu untuk membina sebuah blog khusus untuk batch Enigma 0610 ini.

Aku sedar blog ini tidaklah hebat dan lawa tapi aku harap blog ini dapat mencapai visi dan misinya iaitu untuk terus menghubungkan ikatan ukhuwah sesama ahli Enigma yang telah terjalin erat sepanjang keberadaan kita di sekolahku dan sekolahmu jua, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.

Insya-Allah aku akan menjemput semua ahli Enigma untuk menjadi penulis dalam blog ini dengan harapan kita dapat sama-sama terus nasihat-menasihati antara satu sama lain dan untuk mengelakkan perasaan syok sendiri dalam diri aku ini. Aku tidak mahu menjadi pemilik tunggal kepada blog ini tapi biarlah ia menjadi milik kita bersama.

Sebarang komen, cadangan mahu pun permintaan bolehlah diajukan terus di shoutbox di sebelah kiri blog ini atau kalau malu kirimkanlah e-mail ke alamat: arham_alscotlandi@yahoo.com

Sekian, aku sayang anda semua!

4 comments:

hazim2gaban said...

ni yg aku suke ni!!!

Arif Irfan said...

smart lah arham!!!

NurudDin said...

komen2 la ye...

hans0 said...

yoshh....

Post a Comment